.

Ahad, 4 Mei 2014

Jawatan Kosong Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Jawatan Kosong Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai mereka.

Jawatan

Bil
Jawatan
Gred
Kekosongan
1.
A1 – Pegawai Eksekutif (Perundangan)
Gred 48 Kontrak
4 Kekosongan (Semenanjung Malaysia)
2.
A2 – Pegawai Eksekutif (Perundangan)
Gred 41 Kontrak
17 Kekosongan (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak)
3.
B1 – Penolong Pegawai Eksekutif (Perundangan)
Gred 31 Kontrak
5 Kekosongan (Semenanjung Malaysia & Sabah)
4.
B2 – Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran)
Gred 31 Kontrak
51 Kekosongan (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak)


Cara Memohon

*Permohonan Jawatan A1 Sahaja
a.     Permohonan hendaklah dibuat secara manual melalui Borang Permohonan Pekerjaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

b.     Borang permohonan boleh diperoleh melalui laman web LHDNM di alamat http://www.hasil.gov.my di ruangan KERJAYA, klik pada Borang Permohonan Pekerjaan. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

•      Sekeping gambar terbaru berukuran pasport .
•      Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan dan lain-lain sijil yang berkaitan (Disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam).

c.     Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Jabatan Sumber Manusia
Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Menara Hasil, Aras 10
Persiaran Rimba Permai, Cyber 8,
63000 Cyberjaya, Selangor.
(u.p: Unit Pengambilan & Penempatan)

*Permohonan Jawatan A2, B1 & B2
a.     Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf sambilan) hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya .

b      Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my  .

c      Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.

Maklumat Temu Duga

a.         Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan melalui dua kaedah iaitu:-

        *          Paparan di Laman Web Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”);
        dan
        *          Melalui Surat

b.     Pemohon juga dinasihatkan sentiasa menyemak Laman Web Rasmi LHDNM untuk mengetahui sebarang perkembangan maklumat terkini berhubung tawaran jawatan berkenaan.

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Mei 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan