.

Isnin, 12 Mei 2014

Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
(Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) seperti berikut:

Jawatan Kosong

Bil
Jawatan / Skim Perkhidmatan
Gred
Kumpulan Perkhidmatan
Taraf Jawatan
Jadual Gaji
(JGMM)
1.
Pegawai Tadbir
N41
Pengurusan & Profesional
Tetap
RM1,911.00 – RM8,646.00
2.
Pegawai Teknologi Maklumat
F41
Pengurusan & Profesional
Kontrak
RM2,146.00 – RM8,718.00
3.
Penolong Pegawai Tadbir
N27
Pelaksana
Tetap
RM1,362.00 – RM5,092.00
4.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)
N17
Pelaksana
Tetap
RM928.00 – RM3,377.00


Syarat-Syarat Permohonan

1.     Permohonan hendaklah dibuat secara secara

i.      Muat turun borang permohonan melalui portal korporat www.mtib.gov.my dan emelkan ke erecruitment@mtib.gov.my
ii.     Menggunakan perkhidmatan MySMS dengan menaip MTIBJAWATAN dan hantar ke 15888.
iii.     Pernyataan Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lain untuk permohonan jawatan berkenaan boleh didapati melalui laman web www.mtib.gov.my  Pernyataan Skim Perkhidmatan
iv.    Syarat-syarat lain untuk permohonan jawatan berkenaan boleh didapati melalui laman web www.mtib.gov.my
v.     Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung di Unit Pengurusan Sumber Manusia (Perjawatan) di alamat berikut:

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu
P.O. Box 10887
50728 Kuala Lumpur
(u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia)

No. Telefon : 03-92822235

Tarikh Tutup Permohonan Adalah Pada 21 Mei 2014 (Rabu)

2.     Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemas kini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini;
3.     Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
4.     Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.




1 ulasan: