.

Khamis, 5 Jun 2014

Jawatan Kosong Di MAIK

Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan KONTRAK di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Jawatan yang ditawarkan ialah :

1.
Pegawai Undang- Undang
Gred L41
2.
Penolong Pegawai Tadbir
Gred N27
3.
Penolong Jurutera (Awam)
Gred JA29
4.
Pegawai Pengangkutan       
Gred A17


Gaji Permulaan
Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas P1 boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Umur Pada Tarikh Tutup Iklan Jawatan
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Cara Memohon
i)      Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
ii)     Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii)     Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
iv)    Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Alamat Permohonan

 Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

 YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
 Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
 15200 Kota Bharu.

Tarikh Tutup Permohonan
Sebelum Atau Pada : 12hb. Jun, 2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan