.

Ahad, 20 Julai 2014

Iklan Permohonan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Iklan Permohonan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 dan Gred DH29 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Ijazah
Individu yang memiliki kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian/Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 dalam bidang:

1.        Sains Kesetiausahaan atau Pengurusan Pejabat dan Kesetiausahaan;

2.        Teknologi Kejuruteraan Automatif atau Engineering Technology in Production Engineering;

3.        Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan);

4.        Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan);

5.      Teknologi Maklumat (Keselamatan Maklumat/Sistem Komputer); dan

6.      Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal).



Diploma
Individu yang mempunyai kelayakan di peringkat diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah turut dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa.

Semakan pengiktirafan kelayakan boleh dibuat melalui portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di eSISRAF.

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui portal rasmi www.jobsmalaysia.gov.my  Tarikh tutup permohonan bagi iklan ini adalah pada 8 Ogos 2014. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03- 8871 7405/7413.

Urusan pengambilan yang dijalankan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga. JUMLAH PENDAPATAN BULANAN KUMPULAN SOKONGAN (KELAYAKAN

Tarikh tutup permohonan 8 Ogos 2014.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan