.

Ahad, 20 Julai 2014

Jawatan Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladang

Jawatan Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladang

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

Jawatan Kosong

Bil
Jawatan
Gred
1.
Pembantu Akauntan
Gred W17
2.
Pembantu Laut
Gred A17
3.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Gred N17
4.
Pembantu Setiausaha Pejabat
Gred N17
5.
Pegawai Khidmat Pelanggan
Gred N17


Tempoh Percubaan
Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.

Cara Memohon

(a)    Permohonan hendaklah dibuat melalui laman web Jobs Malaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsMalaysia.gov.my
(b)    Semua permohonan tidak perlu dicetak/dipos ke Lembaga Pertubuhan Peladang.
(c)    Setiap pemohon hanya boleh memohon satu (1) jawatan sahaja.

Tarikh Iklan : 14 Julai 2014 (Isnin)

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Julai 2014 (Isnin)

2 ulasan: