.

Selasa, 22 Julai 2014

Permohonan Bagi Jawatan Di Dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Permohonan Bagi Jawatan Di Dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mulai 20 Mac 2012 yang lalu. Ini adalah kerana SPA telah berkongsi kepakaran pelaksanaan aplikasi eSMSM dengan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk permohonan jawatan.

Ia juga adalah selaras dengan hasrat SPA untuk bekerjasama dan mewujudkan amalan perkongsian pintar antara agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT serta berkongsi pengalaman dengan agensi lain khususnya dalam bidang ICT. Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri.

Oleh yang demikian, segala pertanyaan mengenai perjawatan/urusan pengambilan hendaklah dirujuk dengan pihak PDRM di Portal PDRM www.rmp.gov.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan