.

Ahad, 10 Ogos 2014

Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Makanan (Sambilan) Gred C41

Jawatan Kosong Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan di Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi jawatan seperti berikut :-

1. Jawatan :
Pegawai Teknologi Makanan (Sambilan) Gred C41
2. Kumpulan Perkhidmatan :
Pengurusan Dan Profesional
3. Gaji :
RM 100.00 / Hari

Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a)    Warganegara Malaysia;
(b)    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains dan Teknologi Makanan atau yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(d)    Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas :-
Menjalankan tugas-tugas di bawah program keselamatan dan kualiti makanan ke atas industri makanan, pematuhan makanan domestik dan import, kawalan eksport makanan serta analisis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pegawai Teknologi Makanan juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan skop latihan/analisis risiko, mikrobiologi, molekular, aditif makanan, kontaminan dan residu racun perosak.

Cara Memohon :-
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang KKM.SM-1/99 Pin. 1/2001 yang boleh didapati di :-

International Food Safety Training Centre
D/A Makmal Keselamatan Dan Kualiti Makanan
Blok C, Jalan Langat
Bandar Botanik, 41200 Klang
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 – 3323 7899
Fax : 03 – 3323 9287

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan satu (1) salinan fotostat sijil dan dokumen-dokumen berikut yang di akui sah :-
(a)      Sijil Kelahiran
(b)      Kad Pengenalan
(c)      Sijil Berhenti Sekolah
(d)      Lain-lain sijil / surat akuan berkaitan.

Atau membawa semua dokumen-dokumen yang dikehendaki seperti di atas semasa menghadiri temuduga terbuka (walk-in) yang akan diadakan pada 13 Ogos 2014 (Rabu), jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor, Blok C, Jalan Langat, Bandar Botanik. Anda dinasihatkan menghubungi pihak makmal untuk mengesahkan kedatangan anda selewat-lewatnya sehari sebelum temuduga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan