.

Selasa, 25 November 2014

Jawatan Kosong di Perbadanan Menteri Besar Kelantan

Jawatan Kosong di Perbadanan Menteri Besar Kelantan

Pegawai Pembangunan Korporat (S3) (Tetap)

Tanggungjawab
Bertanggungjawab kepada Pengurus Kanan Pembangunan Korporat, Eksekutif Pembangunan Korporat.

Syarat- Syarat Permohonan
●      Lelaki & perempuan.
●      Memiliki kelulusan minima Diploma Pengajian Perniagaan, Analisa Pelaburan, Pengurusan/Pengajian Bank, Diploma Perakaunan atau setaraf dengannya.
●      Bersedia bekerja di bawah tekanan tidak kira masa.
●      Mempunyai kemahiran menyediakan dan mengemaskini data syarikat serta kedudukan syarikat berdasarkan laporan kewangan dan laporan tahunan.
●      Berkemahiran menggunakan Microsoft Office Word dan Excel.

Diskripsi Tugas
1)     Penyediaan handbook PMBK
●      Mendapatkan akaun bulanan dan laporan kemajuan syarikat daripada syarikat-syarikat di bawah pengawasan.
●      Menyediakan dan mengemaskini data-data syarikat serta kedudukan syarikat berdasarkan laporan kewangan dan laporan tahunan.
2)     Akaun tahunan anak syarikat Kumpulan PMBK
●      Kawalan ke atas penerimaan akaun tahunan anak syarikat Kumpulan PMBK bagi penyediaan akaun tergabung.
3)     Menwujudkan pangkalan data industri
●      Mengemaskini maklumat-maklumat industri berkaitan yang diceburi oleh Kumpulan PMBK serta mendapatkan data bagi industri yang akan diceburi oleh PMBK.
4)     Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat Jabatan Pembangunan Korporat.
5)     Mengawasi dan merekod mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa anak syarikat Kumpulan PMBK dan mesyuarat lembaga pengarah anak syarikat Kumpulan PMBK.
6)     Menyediakan memo-memo pembayaran dan lain-lain memo seperti yang diarahkan.
7)     Membantu dalam penyediaan kertas kerja dan kerja-kerja penyelidikan ke atas prospeks industri yang akan disertai oleh PMBK.

#       Permohonan boleh dihantar melalui jobs@pmbk.gov.my.

#       Tarikh tutup permohonan ialah sebelum atau pada 08 Safar 1436H bersamaan 01 Disember 2014.

#       Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) PMBK untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan