.

Isnin, 1 Disember 2014

Peluang Kedua Kepada Pelajar Keciciran

Peneraju Skil Iltizam (Industri Minyak dan Gas)

Peneraju Skil Iltizam dijalankan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar keciciran (sekolah rendah/menengah/kolej) atau individu-individu yang lebih cenderung ke arah kemahiran dan vokasional daripada akademik. Di bawah teras ini, peserta akan ditaja untuk mendapatkan pensijilan dalam bidang yang dipilih bagi peningkatan skil serta penempatan pekerjaan di sektor Minyak dan Gas.

Scaffolder – Pemasang Perancah

Syarat-syarat Kelayakan:
•      Bumiputera warganegara Malaysia
•      Lelaki berumur 19 hingga 21 semasa memohon     
•      Mempunyai minat, motivasi dan potensi untuk berjaya
•      Boleh membaca dan menulis
•      Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol
•      Sihat tubuh badan

Latihan
•      Kem Pembangunan Peribadai - 2 minggu
•      Latihan Teknikal - 2 minggu
•      Pensijilan DOSH

Kemudahan
•      Tempat tinggal dan elaun semasa latihan
•      Peralatan Perlindungan Peribadi
•      Kemudahan pengangkutan
•      Penempatan kerja selepas latihan (Pasir Gudang/ Kemaman)

Pemilihan akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh :
7 Disember 2014
Masa :
9:00 pagi - 3:00 petang
Tempat :
Dewan Keusahawanan Terbuka
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota,
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu

•       Sila bawa bersama Kad Pengenalan, Sijil PMR dan SPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan