.

Khamis, 26 Jun 2014

Keputusan A Bahasa Inggeris Dalam SPM, Tetapi Tidak Mampu Bertutur Dengan Baik


Ramai majikan kecewa dengan pencari kerja daripada kalangan "generasi Y" yang umumnya mempunyai kelulusan baik mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksan tetapi kemahiran berkomunikasi yang lemah, terlalu dimanjakan bagi menangani sebarang tekanan, dan ingin cepat naik pangkat walaupun tiada pengalaman.

Rekrut Gen Y, berbanding generasi sebelumnya, juga kurang tertarik dengan faedah pekerjaan yang ditawarkan majikan seperti insurans perubatan dan bonus tetapi lebih tertarik terhadap ganjaran wang tunai serta merta bagi prestasi yang ditunjukkan, lapor hasil tinjauan di kalangan kumpulan majikan dan pengusaha syarikat.

Ini adalah antara petunjuk bagi 20 sikap pencari kerja masa kini yang sebahagian besarnya berpunca daripada dasar pendidikan pada tahun-tahun sebelumnya yang tidak menekankan kepentingan bahasa Inggeris, kata kumpulan pendidikan sekolah.


Malah, Parent Action Group for Education (Page) percaya semua dasar ini mencipta sebuah "generasi hilang punca" yang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris lebih lemah berbanding generasi sebelumnya dan terlepas perubahan di sekolah yang memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Setiausaha Persekutuan Majikan Malaysia, Datuk Shamsudin Bardan berkata, kaji selidik beberapa tahun lalu di kalangan ahlinya mendapati 60% daripada mereka yang dikenal pasti lemah dalam bahasa Inggeris menjadi masalah utama rekrut muda.

Satu kajian hampir serupa turut dijalankan pada September tahun lalu oleh agensi pengambilan pekerjaan atas talian JobStreet.com yang mendapati 55% pengurus kanan dan syarikat yang mengambil bahagian berkata, penguasaan bahasa Inggeris yang lemah adalah sebab utama pengangguran di kalangan mahasiswa.

Lulusan sekolah juga yang mempunyai gred A dan B bagi subjek Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga tidak boleh bertutur, kata Shamsudin.

"Itulah sebabnya kami teruja apabila kerajaan mengambil keputusan mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang kami rasakan mampu meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris mereka.

"Malangnya ia dibatalkan selepas tujuh tahun apabila kita sepatutnya membenarkan ia diteruskan bagi tempoh 14 hingga 15 tahun untuk melihat keberhasilannya.

"Ketidakupayaan bertutur dan memahami bahasa Inggeris (antara lepasan sekolah) merupakan aduan yang sering diterima di kalangan ahli kami," kata Shamsudin. MEF mempunyai 4,800 ahli dan 21 pertubuhan gabungan pengusaha.

Ia merupakan kumpulan majikan terbesar yang secara kolektif menggunakan dua pertiga daripada 2.2 juta penduduk bagi sektor swasta secara rasmi.

Christopher Raj daripada Persatuan Majikan Hotel berkata, daripada 10 pemohon kerja dalam sektor hospitaliti, lapan atau sembilan tidak boleh berbahasa Inggeris.

"Masalah itu adalah teruk dan bukan sahaja melibatkan belia lepasan sekolah tetapi juga graduan dari universiti-universiti tempatan. Anda bertanya mereka dalam bahasa Inggeris dan mereka menjawab dalam BM.

"Graduan kolej swasta jauh lebih baik," kata Raj, yang juga ahli majlis MEF.

Memandangkan undang-undang imigresen tidak membenarkan pihak hotel mengupah pekerja asing yang lebih mahir berbahasa Inggeris bagi kakitangan di bahagian hadapan di mana keperluan berbahasa Inggeris sangat penting, kebanyakan hotel besar terpaksa menganjurkan kursus bahasa Inggeris untuk pekerja baru mereka.

Kursus-kursus direka untuk membina keyakinan terhadap pelatih bagi kakitangan restoran dan kaunter bertutur dalam bahasa itu, kata Raj.

Pengerusi Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) berkata, matlamat sekunder PPSMI adalah untuk memberi lebih banyak peluang kepada pelajar mengamalkan bahasa Inggeris – satu langkah penting dalam meningkatkan penguasaan.

Matlamat pertama adalah untuk membantu pelajar beraliran sains melakukan peralihan ke universiti dan kolej di mana hampir semua buku rujukan sains adalah dalam bahasa Inggeris.

"Kemahiran bagi mana-mana bahasa adalah berkaitan dengan amalan. PPSMI mewujudkan lebih banyak peluang kepada pelajar untuk berlatih," katanya sambil menambah Page berkempen bagi pihak kerajaan untuk membenarkan sekolah meneruskan dasar itu.

Kerajaan menghentikan PPSMI pada 2011, tujuh tahun selepas ia dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Alasan yang diberikan adalah kadar kenaikan yang kecil sahaja dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Bagaimanapun Noor Azimah berkata, kajian menunjukkan dalam peperiksaan Matematik dan Sains di mana pelajar diberi pilihan sama ada menjawab dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu, lebih 90% pelajar sekolah rendah Tamil menjawab dalam bahasa Inggeris.

Di sekolah-sekolah kebangsaan, kajian yang sama menunjukkan bahawa 60% pelajar memilih menjawab dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

Di samping lemah bahasa Inggeris, majikan seperti Raj turut mengadu pencari kerja muda berusia 20-an seolah-olah tidak dapat menangani tekanan dengan baik atau bekerja dari peringkat bawah.

"Graduan hari ini datang dari kolej dan ingin cepat menjadi pengurus, tanpa sebarang pengalaman. Anda tidak boleh memarahi mereka dan mereka juga tidak boleh menangani tekanan," kata Raj, yang berpengalaman selama 33 tahun dalam bidang perhotelan.

Shamsuddin dari MEF mengatakan pekerja berusia 20-an yang digelar sebagai generasi Y adalah "gelisah" berbanding generasi sebelumnya.

"Mereka lebih tertarik dengan apa yang ada di depan mata berbanding di masa hadapan. Mereka kurang tertarik kepada faedah seperti bonus tahunan, perubatan, persaraan.

"Malah, mereka mahu bonus tahunan diberi pada kadar bulanan setiap bulan," katanya.

"Saya rasa ia kerana persekitaran ekonomi hari ini. Syarikat perlu bergerak pantas untuk bersaing dan ia membentuk sikap pekerja." – 26 Jun, 2014.

Dari Malaysian Insider
OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Published: 26 June 2014

Jawatan Kosong Pengurus Jualan dan Pemasaran

Jawatan Kosong Pengurus Jualan dan Pemasaran

Majikan :          Red Wheels Sdn Bhd
Alamat :           PT 48 Jalan Baru, 16250 Wakaf Bharu
Telefon :          09-7191198 (Syaheeda/ Adawiyah)
Email :             hr@redwheels.com.my

Jawatan :         Pengurus Jualan dan Pemasaran
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       Ijazah Marketing & Sales
Gaji :               RM 1500.00
Keterangan :
•      Pengurus Bahagian Jualan dan Pemasaran. Bertugas untuk melaksanakan Program Syarikat melibatkan jualan dan pemasaran.
•      Sentiasa aktif bertenaga dan positif dalam menjalankan aktiviti harian.
•      Penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
•      Kemahiran berkomunikasi yang tinggi.
•      Berperwatakan menarik.
•      3 tahun pengalaman kerja

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

#       Tarikh Tutup : 24 Ogos 2014

" kerja adalah ibadah "
.

Jawatan Kosong Guru Tadika

Jawatan Kosong Guru Tadika

Majikan :          Tadika Minda Elit Q-Dees
Alamat :           No. 5220, Lot 10, Seksyen 23, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu
Telefon :          09-7484002 (Nurul Izzati)
Email :             tadika_mindaelit@yahoo.com

Jawatan :         Guru Tadika
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       Diploma Islamic Studies/ Early Childhood Education
Keterangan :
•      6 bulan pengalaman kerja

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

#       Tarikh Tutup : 30 Jun 2014

" kerja adalah ibadah "
.

Jawatan Kosong Buruh Perkuarian

Jawatan Kosong Buruh Perkuarian

Majikan :          CEP Resources Entity Sdn Bhd
Alamat :           Lot 1781, Bukit Batu Bong, Bertam, 18300 Gua Musang
Telefon :          011-24272861 (Lisah)
Email :             cep.resources@gmail.com

Jawatan :         Buruh Perkuarian
Kekosongan :    L = 60, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 900.00
Keterangan :
•      5 bulan pengalaman kerja

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

#       Tarikh Tutup : 30 Julai 2014

" kerja adalah ibadah "
.

Jawatan Kosong Di FFC Fast Food, Pasir Mas

Jawatan Kosong Di FFC Fast Food, Pasir Mas

Majikan :          FFC Fast Food
Alamat :           W3/134 Jalan Lemal, 17000 Pasir Mas
Telefon :          09-7433646 (Ahmad Ja'afar)
Email :             ahmad@myppbina.com

Jawatan :         Pembantu Jurumasak
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 2
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 900.00
Keterangan :
•      Pembantu Jurumasak Restoran Fast Food diperlukan di Pasir Mas (Tetap/Sambilan).
•      1 tahun pengalaman kerja

Jawatan :         Juruwang
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 2
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 900.00
Keterangan :
•      Juruwang Restoran Fast Food diperlukan di Pasir Mas (Tetap/Sambilan)
•      1 tahun pengalaman kerja

Jawatan :         Pelayan
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 2
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 900.00
Keterangan :
•      Pelayan Restoran Fast Food diperlukan di Pasir Mas (Tetap/Sambilan)
•      1 tahun pengalaman kerja

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

#       Hubungi 013-9792429 untuk temuduga segera

#       Tarikh Tutup : 30 Jun 2014

" kerja adalah ibadah "
.

Jawatan Kosong Pekerja Dobi

Jawatan Kosong Pekerja Dobi

Majikan :          JJ Laundry
Alamat :           PT 1212, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu
Telefon :          017-9838223 (Ms Lim)
Email :             hin2226@hotmail.com

Jawatan :         Pekerja Dobi
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Tamat Sekolah Rendah
Keterangan :
•      Jawatan kosong di kedai dobi
•      Kerja lipat baju, iron baju, cuci baju dan lain lain kerja dobi.
•      Tak perlu kelayakan mininum.
•      Tak perlu pengalaman dobi kerana akan di ajar oleh senior, tetapi yang ada pengalaman akan di utamakan.

#       Sesiapa yang berminat boleh terus datang temuduga di kedai atau hubungi Ms Lim 017-9838223

#       Tarikh Tutup : Segera

" kerja adalah ibadah "
.

Jawatan Kosong Audit & Tax Semi Senior

Jawatan Kosong Audit & Tax Semi Senior

Majikan :          Khairuddin Hasyudeen & Razi
Alamat :           PT 65H-3, Tingkat Atas, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu
Telefon :          09-7488778 (Tengku Shahrizanny bin Tengku Abdullah)
Email :             kusya_kb@khr.com.my

Jawatan :         Audit & Tax Semi Senior
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 2
Kelayakan :       Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Gaji :               RM 1200.00
Keterangan :
•      Driving Licence & Possess Own Transport
•      Can Start Immediately
•      Willing To Work In A Team
•      Gaji : RM 1200.00 – RM 1800.00 ( Subject To Experience)

#       Calon yang ingin memohon sila email resume ke kusya_kb@khr.com.my

#       Tarikh Tutup : 15 Julai 2014

" kerja adalah ibadah "
.

Rabu, 25 Jun 2014

Jawatan Kosong Pegawai Penerbitan/ Pemasaran

Jawatan Kosong Pegawai Penerbitan/ Pemasaran

Majikan :          DNJ Consultant Sdn Bhd
Alamat :           1120, Wisma Suara Muda, Jalan Doktor,  15000 Kota Bharu
Telefon :          09-7477434 (Dr Nawi Jusoh - Pengarah Urusan)
Email :             1dnjsam@gmail.com

Jawatan :         Pegawai Penerbitan/ Pemasaran
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       Sarjana Muda
Keterangan :
•      Keutamaan dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
•      Umur 25 tahun ke atas (PEREMPUAN)
•      Berkeperibadian Muslimah
•      Tidak rabun
•      Keutamaan kepada yang berminat dan berpengalaman dalam PENULISAN BUKU
•      Boleh bekerja sendirian secara inisiatif, inovatif dan komited
•      Gaji berasaskan pengalaman dan kelulusan

#       Calon yang ingin memohon sila hantar resume lengkap ke 1dnjsam@gmail.com

#       Tarikh Tutup : 17 Julai 2014

" kerja adalah ibadah "
.

Jawatan Kosong Quantity Surveyor

Jawatan Kosong Quantity Surveyor

Majikan :          Fl Aluminium & Trading
Alamat :           S/49, 1384-E, Kg.Khatib Ali, Jalan Bayam,  15200 Kota Bahru
Telefon :          09-7448530 (Cik Ain)
Email :             flalum@gmail.com

Jawatan :         Quantity Surveyor
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Diploma/ Ijazah QS
Gaji :               Boleh runding
Keterangan :
•      Umur tidak melebihi 25 tahun
•      Boleh mengendalikan program Microsoft Office (Word & Excel), AutoCAD, Taking Off
•      Tahu tugas-tugas QS
•      Mempunyai pengalaman kerja lebih diutamakan

#       Calon yang ingin memohon sila email resume ke flalum@gmail.com

#       Tarikh Tutup : 28 Jun 2014

" kerja adalah ibadah "
.

Jawatan Kosong Sales Executive

Jawatan Kosong Sales Executive

Majikan :          Fero Wellmart Corporation (M) Sdn Bhd
Alamat :           PT 420-D&E,Wisma Nik Abu Bakar, Seksyen 27, Jalan Wakaf Mek Zainab,  15300 Kota Bahru
Telefon :          09-7471328 (Mr Alvin Chua)
Email :             ferowellmart@gmail.com

Jawatan :         Sales Executive
Kekosongan :    L = 1, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 1,200.00 – RM3,000.00
Keterangan :
•      Berpengalaman dalam bidang sales
•      Berumur di antara 23 – 40 tahun .
•      Mempunyai kenderaan sendiri
•      Sanggup berkerja di bawah tekanan.
•      Sanggup belajar, rajin, jujur dan kerja lebih masa
•      Kedatangan kerja yang baik.

#       Calon yang ingin memohon sila Walk-In terus ke pejabat atau Hubungi Mr Alvin Chua di 013-9234328 atau 09-7472328

#       Tarikh Tutup : 20 Julai 2014

" kerja adalah ibadah "
.

Temuduga Terbuka Di Esquel Malaysia (Kelantan) Sdn. Berhad

Temuduga Terbuka Di Esquel Malaysia (Kelantan) Sdn. Berhad

Temuduga Terbuka Akan Diadakan Pada :

Tarikh
:
28 Jun 2014 (Sabtu)
Masa
:
9:30 pagi – 12:00 tengahari
Tempat
:
Esquel Malaysia (Kelantan) Sdn. Berhad
Lot 2464-2474, Mukim Panchor Kemumin,
Pengkalan Chepa Industrial Estate,  
16100 Kota Bharu


Selasa, 24 Jun 2014

Jawatan Kosong Eksekutif Akaun

Jawatan Kosong Eksekutif Akaun

Majikan :          Ilham Merdeka Sdn Bhd
Alamat :           349 C, Jalan Temenggong, 15000 Kota Bahru
Telefon :           09-7474855 (Pn Mimi Yusliza bt Mat Yaacob)
Email :             ilhammerdeka@gmail.com

Jawatan :          Eksekutif Akaun
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       Diploma/ SPM
Gaji :               RM 700.00
Keterangan :
•      Lulusan Diploma Perakaunan
•      Ada pengalaman sekurang-kurangnya setahun
•      Tahu UBS Accounting
•      Lulusan SPM berpengalaman dalam kerja-kerja akaun boleh juga memohon

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

#       Tarikh Tutup : 2 Julai 2014

" kerja adalah ibadah "
.

Jawatan Kosong Fomen Kenderaan

Jawatan Kosong Fomen Kenderaan

Majikan :          Terang Nusa (Malaysia) Sdn Bhd
Alamat :           No 2 Jalan 8 Pengkalan Chepa 2, Industrial Zone, 16100 Kota Bahru
Telefon :          09-7747171 (Ivy Chua)
Email :             norhasliza@terangnusa.com

Jawatan :         Fomen Kenderaan
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 2000.00
Keterangan :
•      Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam membaiki lori dan jentera berat diperlukan.

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

#       Untuk sesiapa yang berminat, sila hantar resume anda ke shchua@terangnusa.com

#       Tarikh Tutup : 22 Ogos 2014

" kerja adalah ibadah "
.

Jawatan Kosong Tukang Masak

Jawatan Kosong Tukang Masak

Majikan :          STR Family Restauranti
Alamat :           782-A, Jalan Temenggong, 15000 Kota Bahru
Telefon :          09-7462225 (Lim Beng Kee)

Jawatan :         Tukang Masak
Kekosongan :    L = 4, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 1500.00

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

#       Tarikh Tutup : 22 Ogos 2014

" kerja adalah ibadah "
.

Jawatan Kosong Di Ain Medicare Sdn Bhd

Jawatan Kosong Di Ain Medicare Sdn Bhd

Majikan :          Ain Medicare Sdn Bhd
Alamat :           Jalan 6/44, Kawasan Perindustrian II, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bahru
Telefon :          09-7743388 (Nor Aliana Binti Abdullah)
Email :             humanresource@ainmedicare.com.my

Jawatan 1:       Chemical Laboratory Assistant
Kekosongan :    L = 0, P = 2, L/P = 0
Kelayakan :       SPM/ STPM
Gaji :               RM 980.00
Keterangan :
•      Minima SPM atau setaraf dengan pengalaman 1 hingga 2 tahun atau STPM atau persijilan dengan pengalaman 1 hingga 2 tahun.
•      Berkemahiran penggunaan komputer (Microsoft Office)
•      Berkebolehan membaca, menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris.
•      Kefahaman dan pengetahuan asas dalam proses pengeluaran, kawalan kualiti dan cGMP adalah satu kelebihan.
•      Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima

Bidang Tugas :
•      To perform necessart chemical analysis
•      To record and compile the result obtain from the test conducted, checking completeness of the manual calculations and data transfer
•      To ensure the good performance of the chemical laboratory intruments by calibration procedures, maintaining and updating the calibration records of each instrument.
•      To maintain the arrangement, preparations and shelf life of reagents needed for chemical test.
•      Responsible for the housekeeping of the chemical lab
•      To ensure the good operation of all chelmical laboratory instruments.

Jawatan 2:       QA Inspector (In-Coming QC)
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       SPM/ STPM
Gaji :               RM 1100.00
Keterangan :
•      Minima SPM atau setaraf dengan pengalaman 1 hingga 2 tahun atau STPM atau persijilan dengan pengalaman 1 hingga 2 tahun.
•      Berkemahiran penggunaan komputer (Microsoft Office)
•      Berkebolehan membaca, menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris.
•      Kefahaman dan pengetahuan asas dalam proses pengeluaran, kawalan kualiti dan cGMP adalah satu kelebihan.
•      Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima

Bidang Tugas :
•      Melakukan pemeriksaan ke atas Direct Items (cth : komponen,packaging,bahan bercetak,bahan kimia & Active Pharmaceutical Ingredients ) yang diterima
•      Memastikan keperluan Good Store Prectice yang berkaitan dengan in-coming quality control dipatuhi
•      Mengambil dan memastikan sample yang betul tanpa lengah
•      Memeriksa dan memberi status yang betul kepada material serta fizikal dan up-date dalam sistem setelah mendapat kelulusan penyelia atau ketua jabatan.
•      Mematuhi kehendak Standard Operating Procedure yang berkaitan dengan tugasan yang dilakukan
•      Melaporkan kepada penyelia atau officer jika terdapat sebarang masalah yang berlaku dan diluar kawalan.

Jawatan 3:       QA Officer ( In-Coming QC)
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       Diploma/ Bachelor’s Degree
Gaji :               RM 2000.00
Requirements :
•      Candidate must posses at least a Diploma / Bachelor’s Degree in Science
•      At least 1 years of working experience in the is required for this position.
•      Required languages : Bahasa Malaysia, English
•      Able to work under pressure & extra hours if needed
•      Able to work independently as well as in a team
•      Good interpersonal skills with strong ability in planning & reporting skill.
•      Posseses own transport & willing to travel if required.
•      Applicants must be willing to work in Kawasan Perindustrian Pengkalan chepa 2
•      Full-time position available

Job Description :
•      Involvement in review and improvement of Quality System, which includes ISO 9001 & GMP
•      Coordination and review of product complaint as per established standard and procedure.
•      Planning.coordinating and excuting the internal quality audits as per established standard and procedure
•      Planning and coordinating vendor audits
•      Monitoring and reporting on status of corrective action and preventive action
•      Monitoring and reporting of deviations
•      Assist in ensuring all in-house practices are as per the required GMP standards
•      Assist in performing review of QA procedures
•      Assist in indentifying,defining and analyzing quality problem using relevant approaches to provide optimal problem solving solution.
•      Work with vendors, as necessary in order to establish good Vendor Quality Management.
•      To assist in budgeting, planning and organizing Quality Assurance activities

#       Permohonan boleh di buat dengan menghantar “RESUME” :-

AIN MEDICARE SDN. BHD.
Jalan 6/44,
Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2,
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu, Kelantan.

Tel no: 09-7743388 ext: 121 (Cik Aliana )

(UP: Jabatan Sumber Manusia)

#       Tarikh Tutup : 5 Julai 2014

" kerja adalah ibadah "
.