.

Ahad, 11 Januari 2015

Jawatan Kosong Di Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd

Jawatan Kosong Di Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd

Majikan :          Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd
Alamat :           Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai,  15050 Kota Bharu
Telefon :          09-7474082
Email :             jobs@pmbk.gov.my

Jawatan :         Eksekutif Pemasaran (P5)
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Ijazah
Syarat-Syarat Permohonan :
•      Lelaki dan perempuan.
•      Memiliki kelulusan Minimum Ijazah dalam bidang pemasaran, keusahawanan dan bidang berkaitan .
•      Mempunyai tiga (3) tahun pengalaman dalam kerja-kerja berkaitan

Diskripsi Tugas :
•      Mendapatkan, menganalisis dan menyalurkan maklumat berkaitan kajian pasaran bagi sesuatu projek kepada Pengurus Pemasaran
•      Merangka program promosi dan bajet tahunan Jabatan Pemasaran.
•      Menyusun dan merancang tugasan pemasaran serta menetapkan sasaran kepada pegawai/kakitangan bawahan.
•      Menyediakan bajet tahunan Jabatan Pemasaran
•      Menyediakan laporan terkini pemasaran hartanah, status pembeli dan kutipan kepada Pengurus Pemasaran setiap bulan
•      Mempromosi projek atau hartanah yang dijual.
•      Membuat susulan dan memastikan kutipan bagi bayaran kemajuan kerja diperolehi dalam masa 21 hari bekerja.
•      Memastikan target jualan/pemasaran dicapai dalam masa yang ditetapkan.
•      Menyemak semua urusan dokumentasi sebelum diangkat untuk tandatangan Pengurus Pemasaran atau KPO serta KPEK.
•      Mengurus panjar wang Jabatan Pemasara
•      Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Jawatan :         Pembantu Tadbir (Jualan) (S3)
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       Diploma
Syarat-Syarat Permohonan :
•      Lelaki sahaja
•      Memiliki kelulusan SPM dan Diploma Pemasaran dengan 3 kepujian atau Sijil Kemahiran Khusus (IPTA/IPTS/STPM)
•      Mempunyai lesen kenderaan D (kereta).
•      Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja berkaitan
•      Boleh berdikari.

Diskripsi Tugas :
•      Melayan pertanyaan serta bertemu dengan prospek pelanggan.
•      Menyakinkan pelanggan berkenaan sesuatu projek yang akan dijual.
•      Melaksanakan serta merealisasikan sesuatu pameran atau promosi.
•      Menerima bayaran tempahan 1 % dan menyediakan resit bayaran.
•      Menyerahkan bayaran tempahan kepada pihak kewangan serta memastikan kakitangan kewangan menandatangani penerimaan wang/cek di buku rekod terima bayaran.
•      Memastikan kerja-kerja pengurusan fail dan rekod disempurnakan.
•      Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.


#       Permohonan boleh dihantar melalui jobs@pmbk.gov.my.

#       Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Rabiul Awal 1436H bersamaan 15 Januari 2015.

#       Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia PMBK untuk maklumat lanjut

#       Tarikh Tutup : 15 Januari 2015


" kerja adalah ibadah "
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan