.

Isnin, 16 Februari 2015

Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan yang menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau terhadap sesuatu agensi penguatkuasaan. Suruhanjaya mempelawa warganegara Malaysia yang berintegriti dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya ini.

1.      Pegawai Penerangan                                     Gred S48
2.      Penolong Pegawai Keselamatan                 Gred KP27
3.      Pembantu Tadbir (Undang-undang)           Gred L17

Cara Memohon

1.     Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun dari laman web EAIC di www.eaic.gov.my;
2.     Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru dan salinan Resume/ Ijazah/ Diploma/ Sijil-Sijil/ Surat Beranak/ Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
3.     Permohonan hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat; dan
4.     Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan buku perkhidmatan dan salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun (2011, 2012 dan 2013).

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
Aras 5, Blok Menara, Bangunan Menara Usahawan
No.18, Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya
(U.P: Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan)

Tarikh Tutup Permohonan: 2 Mac 2015

Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan