.

Rabu, 8 April 2015

Jawatan Kosong Di Air Kelantan Sdn Bhd

Jawatan Kosong Di Air Kelantan Sdn Bhd

Jawatan : Pegawai Pengaturcara (S1)

Kelayakan
Cadangan keperluan calon bagi jawatan Pegawai Pengaturcara (S1) adalah sebagaimana berikut :
•      Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer / Teknologi Maklumat dalam bidang perisian dari institusi pengajian tinggi awam / swasta yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
•      Mempunyai pengalaman dalam pembangunan sistem, laman web dan penyelenggaraan Pengkalan Data.
•      Berpengetahuan dalam penggunaan dan pengendalian bahasa pengaturcaraan seperti PHP, VB.net, Java, Visual Basic 6.0 dan lain-lain.
•      Berpengetahuan dalam pelbagai jenis Sistem Pengoperasian terutama Microsoft windows 7/8/vista/xp, windows server, sun solaris, Linux.
•      Berpengalaman dalam pengendalian tentang pengkalan data yang digunakan di AKSB seperti Oracle, MySQL, Ms SQL, Netbase dan Microsoft Access 2007.
•      Berkebolehan untuk memahami perjalanan sistem yang digunakan di AKSB untuk memberi khidmat sokongan dan Latihan kepada pengguna sistem.
•      Berpengetahuan untuk menyediakan dokumentasi sistem dan prosedur sistem menyelesaikan tugasan yang diberikan.
•      Berkebolehan untuk membuat analisa serta menterjemahkan keperluan urusan perniagaan kepada keperluan pembangunan aplikasi sistem.

Bidang Tugas
•      Membangunkan sistem, mengumpul data dan menganalisa maklumat (system requirement) bagi menulis spesifikasi sistem baru ubahsuai sistem yang ada.
•      Bertanggungjawab untuk menyediakan dokumentasi sistem dan prosedur sistem serta kemaskini maklumat dari masa ke semasa
•      Bertanggungjawab dalam menyediakan tahap (authorization code) untuk akses sistem kepada setiap pelanggan.
•      Berkerjasama dengan pengguna untuk mengumpul maklumat, menentukan objektif, skop dan perlaksanaan sistem.
•      Menulis aturcara dengan pihak penggunaan dan menguji program yang akan dibangunkan.
•      Memberikan khidmat sokongan kepada pengguna mengenai masalah sistem yang digunakan dan perkakasan computer.
•      Melaksanakan tugas-tugas lain yang tidak dinyatakan di atas apabila di arah dari masa ke semasa.

Cara Permohonan :
Calon-calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan jawatan kosong dengan lengkap termasuk resume (latarbelakang peribadi, pendidikan, pengalaman dan latihan) yang boleh didapati melalui sesawang www.airkelantan.com.my. Permohonan hendaklah sampai ke Ibu Pejabat Air Kelantan Sdn Bhd sebelum 12 April 2015 di alamat :

Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran,
Air Kelantan Sdn Bhd.
Tingkat 3, Bangunan Perbadanan
Menteri Besar Kelantan.
Lot 2 & 257, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.

Tel : 09-7437777

Tarikh Tutup : 12 April 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan