.

Selasa, 28 April 2015

Jawatan Kosong Di Air Kelantan

Jawatan Kosong Di Air Kelantan

Air Kelantan Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri yang menyediakan perkhidmatan air yang efektif di seluruh negeri Kelantan mengalu-alukan calon yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1.      Jurutera Jajahan (M5), Gua Musang
Kelayakan :
•      Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam / Mekanikal atau bidang yang setaraf dan berkaitan.
•      Mempunyai sekurang-kurangnya tiga(3) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
•      Boleh bekerja dengan baik pada tahap pengawasan yang minima.
•      Boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua peringkat.

Bidang Tugas Umum :
•      Bertanggungjawab memastikan kerja-kerja di operasi Jajahan berjalan lancar, memenuhi keperluan matlamat dan sasaran yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan pengguna bekalan air
•      Merancang aktiviti bulanan operasi Jajahan dari segi billing, sambungan baru, tukar meter, penguatkuasaan dan masalah pengguna.
•      Memantau dan melaksanakan program secara efektif bagi mengurangkan kadar NRW Jajahan.

2.      Jurutera M&E (M5), Ibu Pejabat
Kelayakan :
•      Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik/Mekanikal/Elektronik/Mekatronik atau bidang yang setaraf dan berkaitan.
•      Mempunyai sekurang-kurangnya tiga(3) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
•      Boleh bekerja dengan baik pada tahap pengawasan yang minima.
•      Boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua peringkat.

Bidang Tugas Umum :
•      Bertanggungjawab untuk mengurus serta mengatur kelancaran operasi perjalanan Unit M&E serta kelengkapan sistem dan peralatan mekanikal, elektrikal dan alatan telaga di LRA, intake dan rumah pam penggalak.
•      Merancang dan mengawasi keseluruhan aktiviti penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektrikal (M&E) di LRA.
•      Mengetuai pasukan penyelenggaraan dan pembaikian yang terdiri daripada Penguasa, Penyelia dan Krafman.
•      Memantau perlaksanaan projek dan kawal selia projek berkala apabila diarahkan.

3.      Krafman Mekanikal (S2), Kuala Krai
Kelayakan :
•      Memiliki Diploma/Sijil Kejuruteraan Mekanikal atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
•      Mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan adalah satu kelebihan.
•      Boleh melaksanakan tugasan dengan baik pada tahap pengawasan yang minima.

Bidang Tugas Umum :
•      Melaksanakan kerja-kerja pembaikian dan penyelenggaraan berjadual peralatan mekanikal dan elektrikal atau sebarang perlaksanaan pengubahsuaian sepertimana yang telah dijadualkan.
•      Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikian dan pengubahsuaian ke atas peralatan mekanikal seperti pam, motor, pam telaga, ujian pepasangan, kabel elektrik, kimpalan arc & gas, overhead crane dan lain-lain perlatan yang berkaitan.

4.      Pemandu Lori Tangki Air (S3) Kota Bharu, Kuala Krai
Kelayakan :
•      Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf denganya.
•      Berpengalaman dalam mengendalikan kenderaan bermotor serta mempunyai lesen memandu (GDL dan Kelas E).
•      Boleh menjalankan tugas diluar kawasan sebagaimana arahan semasa

Bidang Tugas Umum :
•      Menjalankan penghantaran air bersih ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Operasi Jajahan / Penyelia.
•      Membantu unit agihan dalam kerja-kerja mencari kebocoran serta menjalankan kerja-kerja pembaikian kebocoran.

Calon-calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan jawatan kosong dengan lengkap termasuk resume (latarbelakang peribadi, pendidikan, pengalaman dan latihan) yang boleh didapati melalui sesawang www.airkelantan.com.my. Permohonan hendaklah sampai ke Ibu Pejabat Air Kelantan Sdn Bhd sebelum 11 Mei 2015 di alamat :

Jabatan Pengurusan Modal Insan & Pentadbiran
Air Kelantan Sdn Bhd.
Tingkat 3, Bangunan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK),
Lot 2 & 257, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan.
(U.p : Unit Penstafan)

 Tel : 09-7437777        Faks : 09-747 2030     Email : psm@airkelantan.com.my

Catatan : Calon-calon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan