.

Ahad, 12 April 2015

TEMUDUGA TERBUKA EKSEKUTIF JUALAN

Temuduga Terbuka Eksekutif Jualan

Syarikat Afy Haniff Bena & Bekal, sebuah syarikat pembekal dan pengedar produk serai wangi dan susu kambing merah membuka peluang kerjaya kepada mereka yang sedang mencari kerja.

Jawatan               -      Eksekutif Jualan
Lokasi Kerja       -      Kelantan

Kelayakan   :
-   Calon lelaki sahaja ( 1 kekosongan )
-  Lepasan IPT (Mempunyai kelulusan dalam bidang perniagaan atau berkaitan satu kelebihan)
-  Mempunyai kenderaan sendiri
-  Boleh bekerja lebih masa dan bertanggungjawab
-  Boleh berkomunikasi dengan cemerlang
-  Proaktif dan fokus dalam tugasan

Antara bidang tugas/kerja:
-   Mempunyai pengetahuan terperinci tentang produk syarikat dan mampu menerangkan dengan baik kepada pengguna/outlet syarikat
-   Bertanggungjawab menjaga/membina jualan di setiap outlet/area yang diamanahkan oleh pihak syarikat untuk mencapai sasaran yang dikehendaki syarikat
-   Memastikan produk syarikat dalam keadaan baik, dipamer baik dan segera membuat pertukaran/pulangan sekiranya stok telah rosak atau tamat tempoh
-   Mempunyai daya kreativiti yang baik untuk membina/meningkatkan jualan disetiap outlet dibawah jagaannya

Calon-calon yang berminat, sila hadir ke Temuduga Terbuka di Pusat JobsMalaysia Kelantan, PT 304-307, Wisma Perkeso, Jalan Kota Darulnaim, 15150 Kota Bharu pada 14 April 2015 (Selasa) jam 10 pagi hingga 5 petang. Sila bawa bersama resume yang lengkap berserta gambar passport dan sijil-sijil yang berkaitan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan