.

Rabu, 29 April 2015

Temuduga Terbuka Scaffolding-Pemasangan Perancah (Industri Minyak Dan Gas)

Temuduga Terbuka  Scaffolding-Pemasangan Perancah (Industri Minyak Dan Gas)

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) dengan kerjasama rakan  industri iaitu Human Architecture  Technologies (HAT) dan ECER mempelawa calon yang berkelayakan untuk hadir ke TEMUDUGA TERBUKA khusus dalam industri minyak dan gas (Pemasangan Perancah-Scaffolding) yang akan diadakan sepertimana berikut:-

Tarikh
:
10 Mei 2015 (Ahad)
Masa
:
8.30 Pagi - 2.30 Petang ( Ujian Bertulis & Temuduga)
Tempat
:
Dewan Keusahawanan,
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota
Pengkalan Chepa
Kota Bharu, Kelantan

•      Calon yang berjaya akan mengikuti kursus di Akademi Binaan Negara (ABM), Tampoi Johor selama enam (6) minggu sebelum ditempatkan di syarikat berkaitan (Malaysia Marine Human Engineering & dll).

•      Peserta akan menerima elaun sara diri sebanyak RM100/bulan sepanjang terlibat dalam kursus ini.

•      Syarat-syarat Kelayakan adalah sepertimana berikut:-

-      Warganegara Malaysia
-      Jantina Lelaki
-      Berumur 19 Tahun - 25 Tahun
-      Sihat Tubuh Badan Dan Bebas Daripada Pengaruh Dadah Dan Alkohol
-      Berdisiplin Dan Tidak Takut Kepada Ketinggian
-      Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Mengira

•      Berikut dilampirkan salinan borang permohonan yang perlu dilengkapkan oleh pemohon.

          #            HAT Borang Pendaftaran ECER Scaffolding
          #            HAT Borang Pengesahan Pendapatan & Tidak Bekerja
          #            HAT Senarai Dokumen Pemohon ECER Scaffolding
          #            Medical Check Letter

•      Borang yang telah lengkap diisi perlu dibawa bersama sewaktu sesi temuduga berlangsung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan