.

Isnin, 29 Jun 2015

Temuduga Terbuka Scaffolding-Pemasangan Perancah (Industri Minyak Dan Gas)

Temuduga Terbuka  Scaffolding-Pemasangan Perancah (Industri Minyak Dan Gas)

1.     Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) dengan kerjasama rakan  industrinya iaitu Human Architecture  Technologies (HAT) mempelawa calon yang berkelayakan untuk hadir ke TEMUDUGA TERBUKA khusus dalam industri minyak dan gas (Pemasangan Perancah-Scaffolding) yang akan diadakan sepertimana berikut:-

Tarikh :            6 Julai 2015 (Isnin)
Masa :              8.30 Pagi - 3.30 Petang
Tempat :          Dewan Keusahawan,
                       UMK Kampus Kota


Tarikh :            7 Julai 2015 (Selasa)
Masa :              8.30 Pagi - 3.30 Petang
Tempat  :         UMK Kampus Jeli           

2.     Calon yang berjaya akan mengikuti kursus di Akademi Binaan Negara (ABM), Tampoi Johor selama enam (6) minggu sebelum ditempatkan di syarikat berkaitan (Malaysia Marine Human Engineering & dll). Untuk makluman juga, peserta akan menerima elaun sara diri sebanyak RM400 sepanjang terlibat dalam kursus ini.

3.     Syarat-syarat Kelayakan adalah seperti berikut:-

●      Warganegara Malaysia
●      Jantina Lelaki
●      Berumur 19 tahun - 21 tahun
●      Sihat Tubuh badan dan bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol
●      Tidak Rabun Warna
●      Berdisiplin dan tidak takut kepada ketinggian
●      Mempunyai Minat dalam bidang berkaitan, boleh membaca dan mengira

4.     Berikut dilampirkan salinan borang permohonan yang perlu dilengkapkan oleh pemohon. Borang yang telah lengkap diisi perlu dibawa bersama sewaktu sesi temuduga berlangsung.

          #           HAT Borang Pendaftaran ECER Scaffolding

          #           HAT Borang Pengesahan Pendapatan & Tidak Bekerja

          #           HAT Senarai Dokumen Pemohon ECER Scaffolding

          #           Medical Check Letter


5.     Sebarang maklum balas berhubung perkara ini boleh terus hubungi pihak sekretariat iaitu Mr Say Jin Lim (HAT - 012-4835868)  / Pn Hernani Shamsuddin / Pn Suhaila Abd Manan ( UMK 09-7717120/7123).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan