.

Rabu, 8 Julai 2015

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Kelantan

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Kelantan

Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan, dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:

1.         PEGAWAI TADBIR NEGERI GRED N41
2.         PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
3.         PELUKIS PELAN GRED JA17
4.         PEMBANTU PERIKANAN GRED G17
5.         PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
6.         PEMANDU KENDERAAN GRED H11
7.         PEMBANTU OPERASI GRED N11

TARAF PERKHIDMATAN: Tetap dan Berpencen


CARA MEMOHON:

Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang diperolehi melalui pautan ini http://putra6.spa.gov.my/spa8new

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : Sebelum atau pada 22 Julai 2015 (Rabu).

UMUR
1.     Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2.     Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan.

CATATAN AM  :
1.     Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.
2.     Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3.     Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Semakan Melalui Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Tiada surat akan dihantar.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian : 09-7485089. (Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan