.

Khamis, 23 Julai 2015

Jawatan Kosong Guru Tadika Di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Jawatan Kosong Guru Tadika Di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Jawatan : Guru Tadika Perpaduan Gred S27 (Kontrak)


Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i.      Terdiri daripada Warganegara Malaysia
ii.     Berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
iii.     STPM atau kelayakan yang iktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau
iv.    Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Cara Memohon

i.      Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan yang boleh di perolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau boleh di perolehi dengan melayari laman web JPNIN di http://www.jpnin.gov.my
ii.     Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Lantikan dan Kenaikan Pangkat 2005
iii.     Borang Permohonan berserta gambar terkini (berukuran pasport) yang tidak dikembalikan dan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan Akademik, Sijil Berhenti Sekolah, Salinan Lesen Memandu sebagai dokumen tambahan serta dokumen sokongan yang berkaitan yang telah disahkan dan dihantar ke alamat seperti berikut :-

Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jabatan Perdana Menteri
Tingkat 10, Wisma KWSG,
Jalan Kampung Attap,
50460 Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Permohonan : 27 Julai 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan