.

Isnin, 6 Julai 2015

Pengambilan Terbuka sebagai Laskar Muda (Lelaki/ Wanita), Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM Siri 213/15).

Pengambilan Terbuka sebagai Laskar Muda (Lelaki/ Wanita), Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM Siri 213/15).

Syarat-Syarat Kelayakan

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki dan wanita di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

1.      Kelayakan Akademik
a.     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik dan Sains serta lulus Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

atau

b.     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan berkaitan teknikal atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

2.      Lain-Lain Kelayakan
a.     Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 14 Dis 2015.
b.     Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
c.     Taraf perkahwinan bujang.
d.     Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) 18 – 23 (Wanita).
e.     Ukuran dada minima 76 sm (lelaki).
f.     Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
g.     Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

3.      Permohonan

Calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara online di laman sesawang www.jobmalaysia.gov.my mulai 2 hingga 26 Julai 15.

4.      Tarikh tutup permohonan 26 Julai 2015.


5.      Keistimewaan LLP TLDM

•      Pakaian seragam percuma.
•      Makan dan tempat tinggal percuma.
•      Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
•      Waren perjalanan percuma untuk bercuti bersama keluarga.
•      Bayaran insentif bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
•      Bayaran Insentif Semenanjung Malaysia (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
•      Peluang mengikuti pengajian di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.
•      Kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.



1 ulasan:

  1. mengabdi untuk negeri, nice info, semoga bermanfaat..
    interview butuh tips kunjungi http://bit.ly/1M62P9b
    thanks

    BalasPadam