.

Khamis, 6 Ogos 2015

Iklan Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Ketereh

Iklan Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Ketereh

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kelantan Darul Naim yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM, 16450 KOTA BHARU, KELANTAN.

Jawatan

Bil       Jawatan                                                               Gred
1.       Pegawai Perancang Bandar Dan Desa             J41
2.       Penolong Jurutera                                       JA29
3.       Penolong Arkitek Landskap                           JA29
4.       Penolong Pegawai Tadbir                              N27
5.       Pembantu Kesihatan Awam                          U17

Cara Memohon

(a)    Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang boleh diperolehi dengan bayaran RM3.00 :

i)      di Kaunter Bahagian Perbendaharaan, Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, 16450 Kota Bharu, Kelantan.

ii)     Muat - turun melalui laman web Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam www.mdketereh.gov.my ( hanya borang yang dilampirkan beserta resit bayaran / cetakan resit bayaran / Wang Pos RM3.00 atas nama Majlis Daerah Ketereh sahaja yang akan diproses ). Bayaran secara online boleh dibuat melalui Perbankan Elektronik kepada Akaun Majlis Daerah Ketereh melalui RHB No. 25302500001325 dan Bank Islam No. 03120010000711.

iii)     Borang juga boleh didapati dengan menghantar sampul surat 20cm x 23cm bersetem, wang pos RM3.00 atas nama Majlis Daerah Ketereh dan beralamat sendiri.

(b)    Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan berserta dengan resit semasa mengembalikan borang permohonan.

(c)    Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh pegawai Kumpulan Pengurusan / Profesional serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan dokumen- dokumen lain sebagai sokongan.

(d)    Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengikut Peraturan 17. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).

(e)    Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM
16450 KOTA BHARU KELANTAN

(f)    Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(g)    Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.

(h)    Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah mengganggap permohonan tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan - 23 OGOS 2015 (Ahad)

Untuk muat-turun Iklan Jawatan Kosong, sila klik Disini

Untuk muat-turun Borang Permohonan Jawatan Kosong, sila klik Disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan