.

Selasa, 27 Oktober 2015

Iklan Pengambilan Guru Tahfiz Secara Kontrak

Iklan Pengambilan Guru Tahfiz Secara Kontrak
Di Sekolah-Sekolah Menengah KPM Ambilan Tahun 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Tahfiz secara kontrak di sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2016 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Syarat-Syarat Kelayakan Asas

Calon-calon hendaklah:
●      Warganegara Malaysia
●      Sihat tubuh badan
●      Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
●      Memiliki sekurang-kurangnya:
i)      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; pemohon perlu merujuk kepada laman sesawang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/
ii)     Memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada KPT sekiranya memiliki ijazah daripada institusi luar negara atau ijazah daripada IPTS tempatan.
iii)     Diploma Tahfiz daripada institusi-institusi yang diiktiraf oleh KPT atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
iv)    Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat daripada institusi dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh KPT dikecualikan daripada syarat di para 2.4.3.
v)     Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Cara Mengemukakan Permohonan

●      Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat : http://www.jobsmalaysia.gov.my mulai 26 Oktober 2015 (Isnin).
●      Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
●      Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh kontrak.

Tarikh Tutup Permohonan

9 November 2015 (Isnin), Sebelum Jam : 11.59 Malam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan