.

Isnin, 7 Mac 2016

Belajar Sambil Bekerja di Australia

Peluang Belajar Sambil Bekerja di Australia melalui Aussie-Asean Education and Immigration Services.

Belajar sambil bekerja di Australia boleh membantu melengkapkan pengajian anda dan juga menjadi satu pengalaman yang amat berguna dalam hidup. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mahu melakukan kerja sambilan semasa belajar di Australia, ia itu seperti membantu dalam kos sara hidup dan juga mendapat pengalaman bekerja dalam bidang pengajian anda.

Kebanyakan visa pelajar di Australia membenarkan anda untuk bekerja sehingga 40 jam setiap dua minggu semasa kursus anda sedang berlangsung, dan tiada had semasa cuti kuliah yang formal. Namun begitu sebelum anda boleh melakukan apa-apa kerja yang dibayar, anda perlu memastikan bahawa visa anda membolehkan anda untuk bekerja.

Kerja Yang Boleh Dilakukan

Australia mempunyai pelbagai industri dan ramai yang telah memperoleh peluang pekerjaan sambilan, seperti:

●      Peruncitan - pasar raya, kedai serbaneka dan kedai-kedai pakaian
●      Makanan - kafe, bar dan restoran
●      Pelancongan - hotel dan motel
●      Pertanian - bertani dan memetik buah-buahan
●      Jualan dan telepemasaran
●      Pentadbiran atau perkeranian
●      Tutor

 Hak-Hak Anda

Setiap orang yang bekerja di Australia, termasuk pelajar atau yang mempunyai visa kerja antarabangsa semasa bercuti, mempunyai hak-hak asasi di tempat kerja. Hak-hak ini melindungi :-

      Gaji minimum
●      Penolakan pemecatan yang tidak adil (unfair dismissal), sekiranya anda dipecat
●      Waktu rehat
●      Persekitaran kerja yang sihat dan selamat

Aussie-Asean Education and Immigration Services telah membantu ramai pelajar dan migran dalam hal pemberian visa ke Australia. Sila hubungi Pejabat Aussie-Asean Malaysia di Kota Bharu untuk maklumat lanjut.

Ofis :                  09-7419971
Dr Mustafa :         019-9109161
En Roziha :           019-9899201
En Pawanteh :      019-2017188

Email :                 mustafas@ozaseaneducation.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan