.

Selasa, 1 Disember 2015

Iklan Jawatan Kosong Di Majlis Peperiksaan Malaysia

Iklan Jawatan Kosong Di Majlis Peperiksaan Malaysia

Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tetap/kontrak seperti berikut:

Bil.
Jawatan/Taraf
Gred
Klasifikasi Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan
Jadual Gaji
* Elaun
Gaji Minimum
Gaji Maksimum

1
Pegawai Peperiksaan (Tetap/Kontrak)
DG41
Perkhidmatan Pendidikan
Pengurusan dan Profesional
RM1,917.00
RM8,652.00
ITKA :   RM300.00
ITP   :   RM300.00
BSH  :   RM300.00
2
Juruteknik Komputer (Tetap/Kontrak)
FT17
Perkhidmatan Sistem Maklumat
Pelaksana
RM953.00
RM3,490.00
ITKA     :         RM115.00
ITP   :   RM300.00
BSH :   RM300.00
3
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Tetap/Kontrak)
N17
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Pelaksana
RM928.00
RM3,375.00
ITKA     :         RM115.00
ITP   :   RM300.00
BSH :   RM300.00
4
Pembantu Tadbir (Kewangan) (Tetap/Kontrak)
W17
Perkhidmatan Kewangan
Pelaksana
RM929.00
RM3,377.00
ITKA     :         RM115.00
ITP   :   RM300.00
BSH :   RM300.00
5
Pembantu Operasi (Tetap/Kontrak)
N11
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Pelaksana
RM847.99
RM2,663.00
ITKA     :           RM 95.00
ITP   :   RM300.00
BSH :   RM300.00

Iklan Jawatan Kosong: Sila Klik Sini
Borang Permohonan Jawatan: Sila Klik Sini

Cara Memohon:

(i)     Borang Permohonan MPM 1 dicetak sendiri daripada laman sesawang www.mpm.edu.my. Borang ini juga boleh difotostat.
(ii)    Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, dan lain-lain sijil berkaitan serta salinan kad pengenalan.
(iii)   Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini.
(iv)   Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.
(v)    Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada:

Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran)

Catatan Am:

(i)     Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
(ii)    Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman secara bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia bagi permohonan yang tidak berjaya.
(iii)   Sebarang permohonan yang lewat, tidak lengkap, dan tidak mematuhi syarat akan ditolak dan dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 11 Disember 2015


Tiada ulasan:

Catat Ulasan