.

Isnin, 7 Disember 2015

Jawatan Kosong Di Open University Malaysia (OUM), Kuala Krai

Jawatan Kosong Di Open University Malaysia (OUM), Kuala Krai

Majikan :          Open University Malaysia (OUM)
Alamat :           Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu
Telefon :          09-7418606

Jawatan :         Pembantu Keselamatan
Kekosongan :    L = 2, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       PMR atau setaraf
Keterangan :
•      Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Rendah Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
•      Minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan
•      Mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan ('medically fit for employment") adalah satu kemestian
•      Keutamaan adalah diberikan kepada calon tempatan dari Kuala Krai dan boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
•      Keutamaan adalah diberikan kepada bekas anggota Polis/ Tentera/ Bomba atau bekasa anggota keselamatan yang telah disahkan dalam jawatan serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
•      Sanggup bekerja mengikut syif

Tugas dan Tanggungjawab :
•      Menjaga keselamatan kawasan premis, bangunan dan harta benda OUM serta mengawal lalulintas termasuk tempat letak kereta
•      Membantu operasi dan terlibat dalam semua aktiviti pengurusan Universiti seperti yang diarah oleh pihak pengurusan
•      Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

#       Calon yang beminat diminta mengisi BORANG PERMOHONAN KERJA yang boleh didapati di pejabat Pusat Pembelajaran Kelantan dan Kuala Krai OUM dan menghantar kembali borang tersebut bersama salinan salinan Sijil, Kad Pengenalan dan sekeping gambar berukuran passport sebelum 13 Disember 2015 (Ahad) ke alamat berikut :-

Pengarah
Pusat Pembelajaran Kelantan,
Open University Malaysia,
Jalan Sltan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu

Telefon : 09-7418604; Fax: 09-7418601

atau

Pengarah
Pusat Pembelajaran Kuala Krai,
Open University Malaysia,
d/a SMK Sultan Yahya Petra 1,
Lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang
18000 Kuala Krai.

Telefon : 016-9331007/ 019-3308241

#       Tarikh Tutup : 13 Disember 2015


" kerja adalah ibadah "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan