.

Ahad, 7 Februari 2016

Jawatan Kosong Di MRSM YT KETENGAH

Jawatan Kosong Di MRSM YT KETENGAH

Dengan ini calon-calon Warganegara Malaysia Kerakyatan Negeri Terengganu (Keutamaan diberi kepada penduduk Wilayah Ketengah/Daerah Dungun dan Kemaman sahaja) yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di MRSM YT KETENGAH.

Calon-calon Warganegara Malaysia Kerakyatan Negeri Terengganu (Keutamaan diberi kepada penduduk Wilayah Ketengah/ Daerah Dungun dan Kemaman sahaja) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di MRSM YT KETENGAH :

1.      Penyelia Asrama                                                             Gred N17
2.      Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)                 Gred N17
3.      Pembantu Tadbir (Kewangan)                                     Gred W17
4.      Pembantu Makmal                                                          Gred C17
5.      Pembantu Operasi                                                          Gred N11
6.      Pemandu Kenderaan                                                      Gred H11

Bagi calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan menggunakan laman sesawang secara online yang disediakan.

1.         Pemohon yang mengisi borang dalam Sistem ‘online’ diminta terlebih dahulu membaca syarat dan maklumat jawatan yang dipohon.
2.         Pastikan maklumat yang diisi adalah benar. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenarai hitamkan dan boleh diambil tindakan.
3.         Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
4.         Permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tutup iklan tidak akan diproses
5.         Keputusan pemilihan calon oleh Yayasan Terengganu adalah muktamad.
6.         Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
7.         Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Perjawatan & Perkhidmatan) di talian terus : 09-6211902, 6211908,6211913, 6211914, ATAU e-melkan kepada upjwtn@ytrg.terengganu.gov.my/ info@ytrg.terengganu.gov.my

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan