.

Isnin, 1 Februari 2016

Pengambilan Terbuka sebagai Laskar Muda (Lelaki & Wanita), Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) Siri 214/16.

Pengambilan Terbuka sebagai Laskar Muda (Lelaki & Wanita), Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) Siri 214/16.

Kelayakan Akademik
a.     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
b.     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Lain-Lain Kelayakan
a.     Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 20 jun 2016.
b.     Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
c.     Taraf perkahwinan bujang.
d.     Berat badan minima
-      47.5 kg (Lelaki)
-      46.5 kg (Wanita),

tinggi sekurang-kurangnya
-      1.62 meter (Lelaki)
-      1.60 meter (Wanita),

Body Mass Index (BMI) di antara
-      18 - 25 (Lelaki)
-      18 - 23 (Wanita).
e.     Ukuran dada minima 76 sm (lelaki).
f.     Penglihatan hendaklah terang dan jelas (6/6) tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
g.     Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

Permohonan melalui JobsMalaysia.

Calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara online di laman sesawang www.jobsmalaysia.gov.my mulai 13 Feb 16 hingga 6 Mac 16.

Tarikh tutup : 06 Mac 2016.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan