.

Khamis, 27 April 2017

Permohonan Usahawan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jabatan Pertanian Negeri Kelantan

Permohonan Usahawan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jabatan Pertanian Negeri Kelantan

1)        (Lelaki/Wanita)

2)        Syarat-Syarat Permohonan :-

          2.1     Warganegara Malaysia
         
2.2     Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan

          2.3     Kelayakan Akademik

                   2.3.1   Minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya Sijil Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM) atau, Lepasan Inkubator Jabatan Pertanian Semananjung Malaysia

                   2.3.2   Keutamaan kepada lepasan Inkubator (Tanaman) Jabatan Pertanian Malaysia dan rakyat negeri Kelantan. Calun-calun selain dari jurusan pertanian juga akan dipertimbangkan jika berminat dan berpengalaman dalam bidang pertanian.

2.4     Modal Pusingan
Mempunyai modal pusingan sekurang-kurangnya RM 10,000.00 dalam akaun

2.5     Kelayakan Fizikal/Pengalaman
Mempunyai tubuh badan yang sihat. Berpengalaman dalam bidang  pertanian (Tanaman) dan berminat menjadi usahawan.

3)        Cara Memohon

3.1.    Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN TKPM 1/2017 yang boleh didapati di semua Pejabat Pertanian Jajahan yang berhampiran dan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan Beg Berkunci No. 22 Kota Bharu Kelantan./Laman Web Jabatan Pertanian Negeri, www.Jpkn.kelantan.gov.my





Tiada ulasan:

Catat Ulasan