Khamis, 4 Mei 2017

Sukarelawan Untuk Program Jobfair@UTC Kelantan

Sukarelawan Untuk Program Jobfair@UTC Kelantan

Pusat JobsMalaysia Kelantan ingin menjemput pelajar-pelajar sekolah/ IPT & para pencari kerja untuk menyertai program sukarelawan JobsMalaysia (Rakan JobsMy) yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas.

Sukarelawan yang dilantik akan membantu para petugas di Program Karnival Pekerjaan yang akan diadakan dari semasa ke semasa. Sukarelawan juga akan membantu dalam mewar-warkan kewujudan portal JobsMalaysia sebagai portal rasmi dalam penawaran dan padanan kerja Rakyat Malaysia

Cara untuk menjadi Rakan JobsMy 

Sila dapatkan borang di sini.

Alamatkan/ Emailkan borang yang telah di isi kepada

•       Pusat JobsMalaysia Kelantan, Tingkat 3, Bangunan UTC Kelantan, Lot 378, Seksyen 16, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

•       Email : marzukiy@mohr.gov.my atau jmckotabharu@mohr.gov.my

•       Telefon : 09-7419878


5 ulasan:

  1. Tak sesuai rasanya iklankan di sini memerlukan sukarelawan. Rata² mengunjungi laman ini bertujuan mencari kerja. Dengan ekonomi sekarang nak keluar pergi balik ke karnival menjadi sukarelawan pun dah berapa kos nya. Sekadar pendapat sahaja.

    BalasPadam
  2. Hi.. Sy antara sukarelawan JobMalaysia.:) ada kelebihan jd sukarelawan bwh jobmalaysia ni tuk pencari kerja.

    Nama pun Suka + Rela. Tiada paksaan. :)

    kita kena korbankan sesuatu tuk dpt kan sesuatu. Sama mcm kita pi interview la. :)
    Yg penting, ia akn luaskan networking anda dan membantu anda mencari kerja dgn lebih senang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam hai nurul huda. Bestke join jd sukarelawan ni???share la sikit antara experience yang awak dapat. ☺

      Padam
    2. Salam hai nurul huda. Bestke join jd sukarelawan ni???share la sikit antara experience yang awak dapat. ☺

      Padam
  3. Hi farah. Ok la. Agk seronok sbb awak boleh berbual dgn majikan2 yg ada n gain knowledge from them. Malah awk boleh bljr nilai sendiri sikap2 pencari kerja yg tak patut diamalkan.
    After that, awk boleh menimba ilmu dan luaskan network awak dgn insan2 yg bekerja dgn Jtk seluruh malaysia.

    BalasPadam