.

Ahad, 11 Mac 2018

Jawatan Kosong Penolong Pengurus Ar-Rahn (Pajak Gadai Islam)

Jawatan Kosong Penolong Pengurus Ar-Rahn (Pajak Gadai Islam)

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Warga Negara Malaysia yang berkelayakan serta sihat tubuh badan bagi mengisi jawatan berikut :

Penolong Pengurus Ar-Rahn (Pajak Gadai Islam)

Kelayakan Akademik :
i. Mempunyai Diploma Perakaunan/Pengurusan Perniagaan/Perbankan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan dan kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM/SPM(V).
ii. Pengalaman dalam bidang berkaitan diutamakan.

Bidang Tugas :
i. Membantu Pengurus Ar-Rahn dalam mengurus perniagaan Ar-Rahn berlandaskan hukum syarak.
ii. Mengurus operasi harian pejabat berkaitan keperluan pelanggan, perbekalan, keperluan, laporan, pencapaian prestasi dan peningkatan mutu kerja.
iii. Membantu Pengurus Ar-Rahn dan Jurunilai dalam penjagaan aset berkaitan Perniagaan Ar Rahn.
    iv. Melapor pencapaian dalam Mesyuarat Lembaga dan Mesyuarat Pegawai.

Umur : Tidak melebihi 45 tahun

Skim Gaji : RM952 x 60 – 1552/1632 x 78 – 2100/2203 x 96 – 2683/2810 x 113 – 3262
(Gaji permulaan bergantung kepada pengalaman dan perundingan)

Jawatan : Kontrak

Syarat Perkhidmatan
Mengikut Perintah Am Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad.
Pemohon-pemohon yang berminat dijemput mengemukakan resume dan sekeping gambar berukuran pasport kepada :

Setiausaha Lembaga,
Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad,
Lot 2333, Bangunan Koop Guru Padang Bongor,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.
(up: Eksekutif Pentadbiran)

No Telefon : 09-7482481/7448093
E-mail : kgmkb@koopguru.com.my

Tarikh Tutup Permohonan : 18 Mac 2018 (Ahad), Jam 4.00 Petang

Tarikh Iklan : 11 Mac 2018 (Ahad)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan