Program Pejabat
Sehari, Pejabat Tenaga Kerja Kuala Krai
Tarikh
|
:
|
3 Februari 2013
(Ahad)
|
Masa
|
:
|
9:30 pagi – 3:00
petang
|
Tempat
|
:
|
Bilik Mesyuarat
(2),
Bangunan
Persekutuan,
Gua Musang
|
1. Latar Belakang
Program Pejabat Sehari adalah merupakan satu pendekatan yang
diambil oleh Jabatan yang selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan
sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.
Memandangkan di Kelantan masih terdapat beberapa kawasan yang boleh
dikategorikan sebagai kawasan pendalaman maka inisiatif telah diambil oleh
Pejabat Tenaga Kerja Kuala Krai dengan membawakan perkhidmatan yang
dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Tenaga Kerja kepada masyarakat setempat.
2. Objektif Program
i. Menyediakan perkhidmatan yang lebih
berkesan kepada masyarakat setempat
ii. Mempromosikan aktiviti-aktiviti utama
dan lain-lain perkhidmatan yang dijalankan oleh Jabatan
iii. Meningkatkan imej Jabatan melalui
kerjasama dengan pihak lain
3. Aktiviti-Aktiviti Yang Dilaksanakan
• Kaunter Pertanyaan dan Khidmat
Perburuhan
- Kaunter pertanyaan dan khidmat
perburuhan yang disediakan menyediakan pusat sehenti (one stop centre) kepada
semua pelanggan Jabatan untuk mendapatkan perkhidmatan dan nasihat perburuhan.
Pegawai yang bertugas adalah terdiri daripada pegawai yang mempunyai
pengetahuan berkenaan dengan perundangan buruh serta sentiasa bersedia untuk
memberikan perkhidmatan secara profesional.
• Permohonan Pekerja Asing
• Klinik Kerjaya & Penjelasan
JobsMalaysia
• Penerangan Gaji Minima dan Umur
Persaraan di sektor swasta
" semua
dijemput hadir "