Jawatan Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladang
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan
berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang
bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara
mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh lantikan serta
berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:
(A) Jawatan : Penolong Pegawai
Ehwal Ekonomi
(B) Gred Jawatan : E27
(C) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(D) Taraf Jawatan : Tetap
(E) Gred Gaji : Minimum – RM 1,362.00 Maksimum
– RM 5,092.00
Bidang Tugas
Merancang, mengurus, mentadbir dan mengendalikan
Pertubuhan Peladang diperingkat kawasan yang meliputi tugas-tugas pentadbiran
am, pengurusan projek, pemasaran hasil pertanian, pengurusan pertubuhan dan
melapor kepada Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pertubuhan
Peladang Negeri.
Syarat-syarat Lantikan
1. Calon bagi
lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18
tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya (Kelayakan ini untuk anggota lantikan LPP
sahaja). (Gaji permulaan ialah pada Gred E27: RM 1,662.00); atau
(ii) Diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
a) Pertanian
b) Perladangan
c) Perakaunan
d) Pengurusan Perniagaan
e) Veterinar
f) Perikanan
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27: RM 1,738.00);dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa
Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Tempoh Percubaan
Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui
tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan
setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim
perkhidmatan jawatan berkenaan.
Cara Memohon:
(i) Bagi Calon-Calon Luar LPP
(a) Permohonan dari calon-calon
luar LPP (termasuk yang sedang berkhidmat dengan kerajaan) hendaklah dibuat
melalui laman web Jobs Malaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsMalaysia.gov.my
(b) Semua permohonan tidak perlu
dicetak/dipos ke Lembaga Pertubuhan Peladang.
(c) Setiap pemohon hanya boleh
memohon satu (1) jawatan sahaja.
(ii)
Bagi Anggota Lantikan LPP
Permohonan dari kalangan “staff” LPP hendaklah
menggunakan ‘Borang Permohonan Pekerjaan’ yang boleh didapati di laman
web LPP (http://www.lpp.gov.my) dan disertakan salinan
sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk
rujukan serta sekeping gambar berukuran passport dan menulis nama jawatan yang
dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat. Pemohon tidak perlu
mendaftar di laman web JobsMalaysia.
Permohonan dihantar terus kepada:
Ketua Pengarah
Lembaga Pertubuhan Peladang
Menara LPP
No.20, Jalan Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)
Tarikh Iklan : 21 April 2014 (Isnin)
Tarikh Tutup Permohonan : 05 Mei 2014 (Isnin)