Iklan Jawatan Kosong Di Majlis Daerah
Ketereh
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat
Negeri Kelantan Darul Naim yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan
berikut di MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM, 16450 KOTA BHARU, KELANTAN.
Jawatan
Bil Jawatan Gred
1. Pegawai Perancang Bandar
Dan Desa J41
2. Penolong Jurutera JA29
3. Penolong Arkitek Landskap
JA29
4. Penolong Pegawai Tadbir N27
5. Pembantu Kesihatan Awam U17
Cara Memohon
(a) Permohonan hendaklah
menggunakan Borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah
Ketereh Perbandaran Islam yang boleh diperolehi dengan bayaran RM3.00 :
i) di Kaunter Bahagian
Perbendaharaan, Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, 16450 Kota
Bharu, Kelantan.
ii) Muat - turun melalui laman
web Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam www.mdketereh.gov.my ( hanya borang
yang dilampirkan beserta resit bayaran / cetakan resit bayaran / Wang Pos
RM3.00 atas nama Majlis Daerah Ketereh sahaja yang akan diproses ). Bayaran
secara online boleh dibuat melalui Perbankan Elektronik kepada Akaun Majlis
Daerah Ketereh melalui RHB No. 25302500001325 dan Bank Islam No.
03120010000711.
iii) Borang juga boleh
didapati dengan menghantar sampul surat 20cm x 23cm bersetem, wang pos RM3.00
atas nama Majlis Daerah Ketereh dan beralamat sendiri.
(b) Sila nyatakan nama jawatan
yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan berserta dengan resit semasa
mengembalikan borang permohonan.
(c) Semua permohonan hendaklah
disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh pegawai Kumpulan
Pengurusan / Profesional serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan
dokumen- dokumen lain sebagai sokongan.
(d) Permohonan daripada pegawai
yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengikut Peraturan 17.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan 2005).
(e) Permohonan yang telah
lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH
KETEREH PERBANDARAN ISLAM
16450 KOTA
BHARU KELANTAN
(f) Hanya calon yang layak
selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(g) Segala perbelanjaan kerana
menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.
(h) Pemohon yang tidak menerima
sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah
mengganggap permohonan tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan - 23 OGOS 2015
(Ahad)
Untuk muat-turun Iklan Jawatan Kosong, sila
klik Disini
Untuk muat-turun Borang Permohonan Jawatan
Kosong, sila klik Disini