Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:-
JAWATAN : Penolong Akauntan Gred W32
KUMPULAN : Sokongan
TARAF : Tetap
SYARAT LANTIKAN :
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i) Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(ii) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan
(iii) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(iv) Calon hendaklah mempunyai pengalaman tidak kurang 10 tahun dalam bidang berkaitan
CARA MEMOHON :
(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10 cm x 23 cm yang beralamat sendiri serta setem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kompleks Islam, Lundang, Kota Bharu.
(ii) Salinan sah persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran pasport dan sampul bersetem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
TARIKH TUTUP : 2 Mac, 2010
ALAMAT PERMOHONAN
YABhg Dato’ Timbalan Yang DiPertua
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam, Lundang,
15200 Kota Bharu.
Tel : 09-7481512/ 09-7445957
RUJ. FAIL : D231/PK/256/Klt 10 (4)
" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan