KOTA BHARU - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Kelantan mengambil inisiatif dengan membuka website bagi memudahkan pe-nganggur dan mereka yang mencari jawatan kosong di Kelantan.
Pengarah JTK Kelantan, Pezman Che Hussin berkata, Job Malaysia Centre (JMC) yang diadakan pada carian internet merupakan cetusan idea daripada Job Malaysia, namun ia lebih khusus mengenai pekerjaan di negeri ini.
“Memandangkan tawaran jawatan kosong pada Job Malaysia adalah secara menyeluruh, JTK Kelantan membantu mereka yang mencari kerja kosong terutama penganggur.
“Pihak kami mengadakan operasi awal tahun ini dengan menubuhkan pejabat di tingkat bawah, bangunan Perkeso, Jalan Kota Darul Naim dan mempunyai petugas khas yang mengendalikannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, setakat ini terdapat sambutan menggalakkan daripada mereka yang mencari kerja dan JTK kini giat mengadakan promosi bagi tujuan tersebut.
“Apa yang istimewa, jawatan kosong yang ditawarkan sektor kerajaan, swasta dan agensi tertentu dikemas kini setiap hari oleh petugas kami bagi membolehkan permohonan terkini dipohon rakyat Ke-lantan,” katanya.
Menurutnya, website itu ditubuhkan juga dalam usaha membolehkan pencari pekerjaan mengetahui bidang kerja yang ditawarkan dan JTK turut memuatkan tips bagi mereka yang menghadapi temuduga.
Selain itu katanya, pihaknya turut memaparkan temuduga terbuka bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dalam masa terdekat.
Katanya, usaha berkenaan bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan rakyat di negeri ini dan berharap mereka mengambil peluang yang cukup mudah bagi masa depan mereka.
Mereka yang masih mencari pekerjaan yang lebih baik dan penganggur dialu-alukan menyertai permohonan jawatan kosong yang ada di negeri ini melalui website jmc-kotabharu.blogspot.com.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/kelantan/index.asp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan