Isnin, 1 Mac 2010

Bertugas Semasa Musim Haji Di Tanah Suci

Warga Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bertugas semasa Musim Haji 1431 H di Tanah Suci sebagai :-
  1. KETUA TUKANG MASAK
  2. TUKANG MASAK
  3. PENYELIA KATERING
Kelayakan
  • Lelaki Islam
  • Memiliki sijil/diploma dalam bidang masakan dan penyediaan makanan atau berkaitan dengannya
  • Sekurang-kurang 7 tahun pengalaman dalam bidang masakan dan penyediaan makanan
  • Berumur antara 27 – 45 tahun
  • Berpengalaman memasak dalam kuantiti yang banyak (2,000 orang keatas) pada sesuatu masa (“Bulk Cooking”)
  • Keutamaan diberi kepada mereka yang bekerja sebagai Ketua Tukang Masak, Tukang Masak atau Penyelia F&B di Hotel/ Pusat Konvensyen
  • Bersedia untuk bekerja dalam keadaan tertekan pada bila-bila masa dan di dalam jangka masa yang panjang (lebih kurang 75 hari)
  • Bersikap matang serta boleh bekerja di bawah penyeliaan dan pengawasan yang minimum.
Cara Memohon :

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume yang lengkap serta salinan sijil akademik, pengalaman kerja, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar bersaiz pasport kepada :-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD
ARAS M, MENARA TH SELBORN,
153, JALAN TUN RAZAK,
50400 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Katering)

Sila tulis jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat.

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mac 2010 (Isnin)

" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan