Khamis, 4 Mac 2010

Jawatan Kosong Di BERNAMA

Jawatan Kosong Di BERNAMA

Agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) mempelawa calon warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KANAN

Syarat Lantikan :
  • Tamat tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia) dengan Kredit dalam Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan);
  • Mempunyai Sijil Penjaga Jentera Elektrik Gred B1 atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang penyelenggaraan bangunan dan sistem
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

Syarat Lantikan :
  • Tamat tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia) dengan Kredit dalam Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan);
  • Mempunyai Sijil Penjaga Jentera Elektrik Minimum Gred AO atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang penyelenggaraan bangunan dan sistem
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
Calon yang berminat dikehendaki mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap mengenai kelayakan dan salinan sijil-sijil serta sekeping gambar berukuran passport ke alamat seperti di bawah:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
28 Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak
50700 Kuala Lumpur.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : JUMAAT, 19 MAC 2010

 (Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga)
Download Iklan

" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan