Selasa, 2 Mac 2010

Jawatan Kosong di KTMB

Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

PEMANDU LOKOMOTIF RENDAH (GRED: A09G12)

KELAYAKAN
  •  Lulus Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan (bagi calon luar) atau kakitangan yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad berumur tidak melebihi 30 tahun;
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;
  • Penglihatan V 6/6 kedua-dua mata tanpa cermin mata dan tidak buta warna;
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
  • Sedia ditempatkan bertukar ke mana-mana lokasi dirangkaian KTMB;
CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi dan salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:-

PENGURUS BESAR
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Ibu Pejabat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 8 Mac 2010 (Isnin)

" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan