Isnin, 17 Mei 2010

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia

Permohonan Mengisi Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

KEKOSONGAN JAWATAN
  1. Pegawai Perubatan - Gred UD43/UD44
  2. Pegawai Farmasi - Gred U41
  3. Penolong Pegawai Perangkaan - Gred E32
  4. Penolong Jurutera Mekanikal - Gred J29
  5. Penerbit Rancangan - Gred B27/B28
  6. Pegawai Kebudayaan - Gred B27
  7. Penolong Pegawai Penerbitan - Gred N27
  8. Penjaga Jentera Elektrik - Gred R24
  9. Penolong Pegawai Perubatan - Gred U29
  10. Penolong Akauntan - Gred W27
  11. Pembantu Makmal (Sains) - Gred C17
  12. Juruteknik Elektronik - Gred J17
  13. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) - Gred N17
  14. Pengawal Keselamatan - Gred KP11
  15. Jururawat Masyarakat - Gred U19
  16. Operator Loji - Gred R3  
CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia dengan mengemukakan sampul surat berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau datang mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak RM 5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM atau dalam bentuk Wang Pos, dibayar atas nama ‘BENDAHARI UUM’.

Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.

Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tel : 04-928 3864/4131

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 Mei 2010 (Selasa)

IKLAN LENGKAP

" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan