Isnin, 24 Januari 2011

Peluang Kerjaya di Felda Holdings Berhad

Peluang Kerjaya di Felda Holdings Berhad

Usahasama global dan pengembangan perniagaan Felda Holdings Berhad ke peringkat antarabangsa mewujudkan peluang kerjaya luas untuk individu-individu berbakat dan dinamik yang ingin mengembangkan potensi mereka dalam persekitaran yang mencabar dan menggalakkan pertumbuhan kendiri. Komitmen Felda Holdings Bhd dalam menyediakan pendedahan untuk modal insan memberikan kakitangan mereka ilmu dan pengalaman yang luas untuk kerjaya yang memuaskan.

Felda Holdings Berhad mencari individu-individu cemerlang dari pelbagai latarbelakang yang ghairah menyahut cabaran. Sekiranya anda memenuhi kriteria ini, sertailah organisasi mereka yang berintegriti tinggi dan sentiasa memandang ke hadapan.

Kekosongan Jawatan

1. Assistant Manager / Eksekutif Kanan Kesetiausahaan (Felda Holdings Bhd) - [KLIK]
2. Manager Internal Communication, Executive Brand & Executive Media (Felda Holdings Sdn Bhd) - [KLIK]
3. Senior Executive, Executive Legal (Felda Global Ventures) - [KLIK]
4. Technical Senior Executive (Felda Prodata Systems Sdn Bhd) - [KLIK]

Calon yang berminat boleh menghantar permohonan (menyatakan jawatan yang di pohon) bersama resume lengkap berserta salinan sijil-sijil yang berkaitan, IC dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) sebelum 31 Januari 2011 ke

Senior Manager
Staffing & University Relations Dept.
Felda Holdings Bhd
9th Floor, Balai Felda,
Jalan Gurney Satu,
54000 Kuala Lumpur



Tiada ulasan:

Catat Ulasan