Permohonan Bagi Menghadiri Temuduga Pemilihan Pegawai Kadet UPNM Lelaki Dan Wanita Bagi Mengikuti Program Asasi Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Bagi Tahun 2011
Cara Permohonan
Pemohon tidak perlu mengisi Borang. Borang Permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen-dokumen yang telah disahkan dari salinan asal seperti berikut ke alamat di bawah :
a. Salinan Percubaan SPM 2010
b. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
c. Salinan Kad Pengenalan
d. Salinan Sijil Lahir
e. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
f. Salinan Sijil Kokurikulum
g. Sampul surat berukuran 20cm x 28 cm beralamat sendiri dan bersetem 50 sen (Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda samada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia.
Permohonan yang lengkap dihantar kepada :
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota,
Cawangan Tenaga Kerja,
Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian : Sel C)
Atau
Datang Sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen-dokumen seperti atas.
Tarikh Tutup Permohonan : 10 Januari 2011
Telefon Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Permohonan : 03-20712391
Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588 (8:00 pagi – 5:00 petang)
No Faks : 03-26985340 / 03-26986235
Email : ctk.mtk@mod.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan