Isnin, 14 Februari 2011

Jawatan Kosong di Kelantan Trade Center Kota Bharu

Jawatan Kosong di JMB Kelantan Trade Center Kota Bharu

Joint Management Body (JMB) Kelantan Trade Center mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut.

1. Pengurus

Tanggungjawab:
  • Bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan menara apartment KTC
  • Bertanggungjawab ke atas pengurusan sumber manusia dan kawalan penyelenggaraan bangunan.
  • Memastikan sistem kawalan keselamatan luaran dan dalaman yang berkesan dan pematuhan kepada polisi serta prosedur JMB Kelantan Trade Center
Kriteria:
  • Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang pengurusan
  • Mempunyai kepintaran dalam perniagaan, kemahiran personel, analitis dan mampu menyelesaikan masalah serta memiliki kemahiran kepimpinan
  • Berpengetahuan dalam peyelenggaraan bangunan serta pengurusan kewangan.
2. Pegawai Operasi Merangkap Chargeman

Tanggungjawab:
  • Bertanggungjawab ke atas Pelenggaraan keseluruhan Bangunan Apartment KTC
  • Menyelia serta mengurus sistem keselamatan, harta benda pemilik serta kemudahan infrastruktur bangunan Kelantan Trade Center.
  • Memastikan penjagaan kebersihan berada ditahap optimum serta menyelia tugas-tugas membersih kawasan KTC.
  • Bertangungjawab menguruskan hal-hal kerosakan kemudahan infrastruktur serta rumah pam air.
Kriteria:
  • Sekurang-kurangnya diploma atau yang setaraf di dalam bidang berkaitan
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang penyelenggaraan
  • bangunan.
  • Mempunyai kemahiran personel, analitis dan mampu menyelesaikan masalah serta kreatif.
3. Pegawai Akaun & Pentadbiran

Tanggungjawab:
  • Menyediakan penyata-penyata kewangan bulanan yang mematuhi piawaian-piawaian perakaunan.
  • Menyediakan akaun-akaun pengurusan untuk pihak pengurusan syarikat membuat keputusan dan laporan-laporan kewangan untuk dihantar kepada syarikat induk.
  • Memastikan semua urusan kewangan termasuk pengurusan dana, bajet tahunan, percukaian dan pelaporan kewangan dilaksanakan berdasarkan rekod-rekod yang tepat dan dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Kriteria:
  • Sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang perakaunan atau kewangan atau setaraf dengannya. Kelulusan profesional menjadi kelebihan.
4. Kerani am
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
5. Despacth
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • Mempunyai lessen kenderaan bermotor.
  • Berpengalaman dalam bidang berkaitan.
6. Pengawal Keselamatan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Berpengalaman dalam bidang yang berkaitan
7. Juruteknik
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • Mempunyai sekurang-kurangnya sijil kemahiran Malaysia(SKM), Giat MARA, atau sijil-sijil kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Berpengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
8. Tukang Am
  • Sekurang-kurangnya mempunyai sijil kemahiran atau setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Sijil SRP atau PMR atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh kerajaan.
9. Petugas Kebersihan
  • Sijil SRP atau PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Berpengalaman dalam bidang yang berkaitan.

CARA MEMOHON:

Kepada yang berminat, boleh menghantar resume kepada kami di alamat yang tentera atau email kepada info@jmbktckb.com. Sebarang maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pungurus JMB KTC KB, En. Abdullah Suhaimi di talian 09-7413001

Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bertulis dan resume berserta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) sebelum 17 Februari 2011 kepada:

Pejabat Urusan
JMB Kelantan Trade Center
Basement 1, Menara Apartment KTC,
Jalan Bayam, 
15200 Kota Bharu.
(u.p: Unit Pengambilan Kakitangan)

Atau emailkan dialamat seperti berikut: info@jmbktckb.com
  • Sila catitkan jawatan yang dipohon di bahagian atas kiri sampul surat.
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 17 Februari 2011

" anok kelatae buleh krejo belako "
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan