Jumaat, 25 Mac 2011

Pengumuman

JMC Kota Bharu akan dibuka pada hari Sabtu, 26 Mac 2011

Waktu Kerja : 10:00 pagi - 5:00 petang

Semua yang ingin

  • Menghadiri Program Klinik Kerjaya
  • Mendapatkan Maklumat Pekerjaan
  • Membuat Aduan Tentang Majikan/ Tempat Kerja
  • Mendapatkan Nasihat Tentang Undang-Undang Perburuhan
dijemput hadir ke pejabat.


Program Klinik Kerjaya akan diadakan seperti berikut :-


Tarikh : 26 Mac 2011
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Pejabat Pusat JobsMalaysia (JMC) Kota Bharu, Tingkat Bawah, Wisma PERKESO, PT 304-307, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Telefon : 09-7419878 

1. Objektif Klinik Kerjaya:
  • Untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan calon supaya dapat ditentukan bentuk bimbingan yang diperlukan;
  • Untuk meningkatkan keyakinan calon tentang peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, minat dan personaliti;
  • Untuk membolehkan calon membuat cari kerja dengan cara yang lebih berkesan dan seterusnya dapat membuat permohonan bagi mengisi kekosongan yang ditawarkan oleh majikan menerusi pelbagai saluran.
2. Objektif Khusus (Outcome): Di akhir program ini calon diharapkan:
  • Dapat menyatakan sumber untuk mendapatkan maklumat peluang pekerjaan;
  • Berkeyakinan untuk menghubungi majikan secara terus bagi bertanyakan peluang pekerjaan;
  • Boleh menerangkan ciri-ciri resume yang berkesan dan menyediakan resume yang sesuai;
  • Boleh menyediakan surat iringan yang menarik;
  • Berupaya mengenalpasti perkara-perkara penting sebagai persediaan menghadiri temuduga;
  • Mengenalpasti dan memilih jawatan yang sesuai untuk dipohon hasil carian masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan