Ahad, 4 September 2011

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :

1. Jurutera Gred J41
2. Pegawai Pergigian Gred U41
3. Pegawai Farmasi Gred U41
4. Penolong Jurutera (Awam) Gred J29
5. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17

Cara Memohon

(a) Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01) boleh didapati daripada Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Cetakan Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01) boleh dibuat melalui laman web jabatan ini di alamat http://www.ppukm.ukm.my
(b) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
(c) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
(d) Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01) yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Penolong Pendaftar
Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1
Kompleks Pendidikan Perubatan
Canselor Tuanku Ja'afar
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Permohonan: 23 September 2011

[SYARAT LANTIKAN]
[BORANG PERMOHONAN]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan