Ahad, 16 Oktober 2011

Jawatan Kosong Di KETENGAH

Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73
  1.             Pegawai Tadbir Gred N41 (2 Kekosongan)
  2.             Pegawai Teknologi Maklumat F41 (2 Kekosongan)
  3.             Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa J17 (2 Kekosongan)
  4.            Pembantu Pertanian G17 (1 Kekosongan)
  5.            Pereka B11 (1 Kekosongan)
  6.            Tukang (Perkayuan) K3 (1 Kekosongan)
Cara Memohon
  •          Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi dan Bandar Ceneh Baharu atau dengan memuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my
  •          Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.
  •            Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.
Alamat Permohonan Dan Tarikh Tutup

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
Bandar Al Muktafi Billah Shah
23409 Dungun, Terengganu
(Bahagian Khidmat Pengurusan)


Tarikh Tutup Permohonan: 1 November 2011


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan