Khamis, 19 Januari 2012

Jawatan Kosong Di KESEDAR

Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dengan sukacita mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bagi memenuhi Visi dan Misi KESEDAR.

 Jawatan 
  • Pegawai Undang-Undang Gred L1-1 Secara Kontrak/Tetap
  • Penolong Akauntan Gred W2-1 Secara Kontrak/Tetap
  • Penyelia Rancangan Tanah Gred G4-1 Secara Kontrak/Tetap
  • Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat Gred N4-1 Secara Kontrak/Tetap
  • Pembantu Tadbir Gred N4-1 Secara Kontrak/Tetap

Maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan yang dinyatakan di atas termasuk Skim Perkhidmatan, Jadual Gaji serta syarat-syarat kelayakan boleh didapati di [sini]

Cara Memohon 
  1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang LKKS 1 – Pin. 1/05 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang boleh di dapati melalui laman web KESEDAR di www.kesedar.gov.my. atau datang sendiri ke Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Ibu Pejabat KESEDAR, 18300 Gua Musang, Kelantan.
  2. Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disertakan salinan sah Kad Pengenalan, Sijil lahir, Sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk ijazah, Diploma – jika berkenaan) dan sekeping gambar berukuran passport.
  3. Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan kenyataan perkhidmatan dan laporan nilaian prestasi terkini.
  4. Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan di panggil temuduga.
  5. Sila sertakan 2 keping sampul surat ukuran 24cm x 11cm, berstem dan beralamat sendiri. 
[BORANG PERMOHONAN]

Sila kemukakan permohonan kepada :

Pengurus
Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat Kesedar
18300 Gua Musang
Kelantan.

No. Tel : 09-9132200

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Januari 2012

" anok kelatae bulih krejo belako "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan