Isnin, 6 Februari 2012

Jawatan Kosong Di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Jawatan Kosong Di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Permohonan adalah dipelawa dari warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut di pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan:-

Jawatan

Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Peringkat Daerah Dan Surau


Cara Memohon : 
  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang dikeluarkan oleh Jabatan.
  2. Calon-calon boleh mendapatkan borang di Pejabat Pentadbiran Pusat Zon* yang berdekatan atau di Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur.
  3. Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x22sm.

Permohonan Hendaklah Dihantar Kepada:-

Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pengurusan Kariah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, (JAWI),
Aras 1, Menara Pusat Islam,
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50676 KUALA LUMPUR


Tarikh Tutup Permohonan : pada atau sebelum 29 Februari 2012.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan