Ahad, 1 April 2012

Seminar Akta Kerja

Seminar Akta Kerja/ Pindaan 2011 Anjuran Kelab Kebajikan Dan Sukan
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan

Bagi memenuhi keperluan semasa terutama dalam menyediakan suasana perburuhan yang lebih kondusif dan meningkatkan lagi perlindungan kepada para pekerja di Negara ini maka Akta Kerja 1955 telah dipinda melibatkan 28 peruntukan sediada, 17 peruntukan baru dan 2 telah dimansuhkan.

Pindaan kepada Akta Kerja 1955 ini telah menjadi kontroversi dan bertujuan untuk memberi penerangan dan mengupas segala isu-isu berbangkit dari pindaan itu, Kelab Kebajikan Dan Sukan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan telah menjemput pakar perundangan perburuhan En. Rhymie Bin Ramli yang juga bekas pengamal undang-undang dan kini selaku pendakwaraya Jabatan bertindak sebagai penceramah dalam seminar ini.

Tarikh
:
22 April 2012
Masa
:
8:30 pagi ~ 5:00 petang
Tempat
:
Crown Garden Hotel
Jalan Kebun Sultan
15350 Kota Bharu Kelantan

Bayaran
              RM 250.00 bagi setiap seorang peserta
              Majikan/ syarikat yang mencarum dengan Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), pihak tuan boleh membuat tuntutan bayaran kehadiran daripada PSMB.

Objektif Seminar
              Memberi pegetahuan tentang Akta Kerja 1955 kepada majikan supaya sentiasa DAPAT mematuhi kehendak undang-undang perburuhan semasa
              Memberi pengetahuan tentang rasional PINDAAN 2011 bagi mewujudkan penguatkuasaan berkesan keatas sebarang perlanggaran akta

Kandungan Seminar
              Ceramah pakar tentang tajuk-tajuk penting Akta Kerja 1955 bagi membantu majikan kearah keharmonian didalam industri
              Sesi soal jawab

Peserta Seminar
              Pengurus Sumber Manusia/Pengurus syarikat yang sentiasa berfungsi sebagai penggerak sumber manusia kearah yang dinamik
              Penyelia/Ketua pekerja yang sentiasa berhadapan dengan pekerja-pekerja yang bermasalah

Tuan/ Puan adalah dijemput menghadiri Seminar ini. Sesiapa yang berminat boleh memuat turun (download) borang penyertaan di sini. Borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan ke pejabat Tenaga Kerja atau di fakskan ke talian 09-7476284 atau 09-7419877 pada/ sebelum 18 April 2012. TEMPAT ADALAH TERHAD.

Sebarang kemusykilan sila hubungi Puan Noriah Bt Abdul Kadir/ Puan Zanaidah Bt Che Ali/ Puan Kasmawati Bt Ismail ditalian 09-7482506/09-7481870


Tiada ulasan:

Catat Ulasan