Selasa, 8 Mei 2012

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon kekosongan jawatan yang seperti berikut :

Bil
Jawatan
Gred
1
 Pegawai Perubatan 
  UD47
2
 Pegawai Sains 
  C41
3
 Pegawai Tadbir 
  N41
4
 Penolong Pegawai Farmasi 
  U29
5
 Pustakawan 
  S41
6
 Jururawat 
  U29
7
 Pembantu Pegawai Kebudayaan 
  B17
8
 Juruteknik Komputer 
  FT17
9
 Juruteknik Landskap 
  J17
10
 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) 
  N17
11
 Penjaga Jentera Elektrik 
  R17
12
 Pembantu Perpustakaan 
  S17
13
 Pembantu Belia Dan Sukan 
  S17
14
 Pembantu Hal Ehwal Islam 
  S17
15
 Pembantu Tadbir (Kewangan) 
  W17
16
 Pengawal Keselamatan 
  KP11
17
 Pemandu Kenderaan 
  R3
18
 Atendan Kesihatan 
  U3
19
 Pembantu Am Pejabat 
  N1


Cara Memohon

a.         Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.
b.         Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat.
c.         Permohonan yang lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada :

Pendaftar,
Universiti Malaysia Pahang,
Lebuhraya Tun Razak,
26300 Gambang, Kuantan,
Pahang Darul Makmur
(U/P : Unit Perjawatan & Cuti Belajar,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Catatan Am

a)        Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b)        Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c)         Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

Tarikh Tutup Permohonan: Pada Atau Sebelum 11 Mei 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan