Ahad, 15 Julai 2012

Jawatan Kosong Di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang

Jawatan Kosong Di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon kekosongan jawatan berikut :

Nama Jawatan :
Pekerja Rendah Awam (Buruh Am)
Gred R1 Sambilan
Tempat Kekosongan:
Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang
Klasifikasi :
Perkhidmatan Mahir, Separuh Mahir, Tidak Mahir dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan :
Sokongan
Taraf Jawatan :
Sambilan
Gaji Harian :
RM 28.15 sehari (RM 647.51 s.b./23)
Imbuhan Tetap :
ITKA - RM 4.10 sehari (RM 95.00 s.b/23)
Bantuan Sara Hidup :
RM 4.30 sehari (RM 100 s.b./23)

Syarat Lantikan :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a)     Warganegara Malaysia;
b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c)     Tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
d)     Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.dan 
e)     Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.


Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara menulis sendiri dengan menyertakan resume, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil surat tamat persekolahan, salinan sijil-sijil berkaitan dan gambar warna berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada :-

YABrs Ketua Jajahan Gua Musang
Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang
18300 Gua Musang

Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Julai 2012

" anok kelatae bulih krejo belako "
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan